image Ye.. ye.... Leganya Dah Habis Final Exam Semester September 2011 - Mia Liana

Tuesday, 20 December 2011

# Study Matters

Ye.. ye.... Leganya Dah Habis Final Exam Semester September 2011

Ye.. ye.... Leganya, terasa lapang benar dada ini tatkala habis final exam untuk paper Accounting Information System tadi. Ucapkan "Selamat Tinggal Pada Semester September 2011". Hati di dalam melompat-melompat kegembiraan. Beban yang berat telah pun hilang. Syukur, alhamdulillah...


Mia dengan Rehana

Bila keluar sahaja Dewan Peperiksaan A tadi, Mia terserempak dengan Rehana, pelajar Diploma Information Technology dengan ibunya. Sempat juga bergambar untuk kenangan sebab semester depan adalah semester terakhir Mia, mungkin sukar untuk berjumpa dengan Rehana lagi selepas ini. Rehana merupakan seorang pelajar istimewa (OKU) di OUM Johor ini dan yang paling Mia kagum semangat kuatnya untuk belajar. Begitu juga dengan ibunya yang sanggup menunggu dan menemankan dia sepanjang masa sama ada ketika hadir ke kelas atau exam. Rehana juga tolong vote untuk Mia masa contest Digi WWWOW Awards dan MRT Logo Contest tempohari. Terima kasih ya... Rehana. Semoga Rehana berjaya dalam pengajian di OUM ini.

Sementara menunggu Suami Mia sampai, Mia rehat sebentar di kafetaria. Sempat juga berborak dengan seorang pelajar OUM yang telah mengambil Subjek Malaysian Studies (subjek yang akan Mia belajar pada semester depan selain dari Subjek Projek Sistem). Sempat juga korek rahsia dan dapatkan maklumat tentang pembelajaran online untuk subjek ini. Risau juga Mia, sebab ia melibatkan sejarah dan format examnya MCQ (multiple choice question). Katanya memang susah nak jawab, sebab pilihan jawapan lebih kurang sama dan susah nak pilih jawapan yang paling tepat.

Apa-apa pun, tinggal 1 semester lagi selepas ini. Sukanya......

p/s: belum fikir nak buat projek sistem apa untuk semester depan tapi dah mula belek-belek php programming dan mysql...

2 comments:

  1. bestnya kak mia!saya lagi 2 paper,database implementation n IS audit.

    ReplyDelete
  2. @mrs adam tu la pasal... mesti tensen lagi 2 paper. sabar ya... good luck untuk exam ya..

    p/s: subjek IS Audit tu masa kak mia ambik exam, susah soalannya.. banyak teori dan konsep yang perlu difahami... tak tahu pula sem ni macamana...

    ReplyDelete