Seminar Malaysia Government Portals And Websites Assessment (MGPWA) 2011

Dengan Azie dari LKIM 

Pada hari Khamis lepas (1 Disember 2011), Mia dan Lela telah menghadiri Seminar Malaysia Government Portals And Websites Assessment (MGPWA) 2011 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah pembentangan daripada MAMPU (Open Source in Web Development) dan juga pembentangan daripada MDEC (Overview and Achievement of MGPWA 2011).

Acara yang paling kemuncaknya ialah Majlis Penganugerahan kepada 285 portal dan laman web kerajaan, penarafan 5 bintang. Memandangkan LPNM di dalam ranking ke 10, majlis penganugerahannya adalah pada sesi petang dan disampaikan oleh Ketua Setiausaha Negara, Y. Bhg. Tan Sri Mohd Sidek bin Haji Hassan.

MGPWA 2011 telah selesai dilaksanakan dan keputusannya telah diumumkan pada awal Oktober. Secara keseluruhannya, penilaian bagi MGPWA 2011 ini telah melibatkan 1,155 portal dan laman web di mana ia menunjukkkan pencapaian yang memberansangkan sepanjang 6 tahun penilaian.

Mia mewakili Ketua Pengarah LPNM, naik ke atas pentas bagi menerima Sijil Anugerah Cemerlang ini. Syukur alhamdulillah, Mia rasa gembira inilah hasilnya dengan kerjasama rakan-rakan sepejabat yang banyak membantu Mia memberikan maklumat terkini untuk dimasukkan ke dalam portal LPNM dalam tempoh penilaian dibuat.










p/s: penilaian pada tahun depan akan lebih mencabar dengan penekanan terhadap online services dan kekerapan pengemaskinian aktiviti dan maklumat

Post a Comment

4 Comments

  1. Tahniah..!!! buat kerja bagus-bagus dapat pujian.

    ReplyDelete
  2. @INFOzi ooo ye ke? besar PICC ni. letih Mia jalan-jalan kat dalam ni.

    ReplyDelete
  3. @IsmailDotCom terima kasih... tu la nampak macam senang. cuba dok ambil alih tugas Mia, tentu tak terlarat nak buat.

    p/s: kerja-kerja lain pun kena buat juga...

    ReplyDelete