Hmmm... tidak disangka rupanya Mia dah bekerja selama 9 tahun sebagai Penolong Pegawai Teknologi Maklumat.

Mula-mula dulu di Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah pada tahun 2003. Jawatan pada masa itu berstatus kontrak. Unit Teknologi Maklumat sebelum tu cuma ada seorang Penolong Pegawai Teknologi Maklumat yang  lebih kepada bahagian teknikal. Tugas Mia lebih kepada laman web, pengaturcaraan, sistem, kertas cadangan, graphic design dan multimedia. Masih ingat lagi bila nak countdown untuk 31 Ogos, Mia dengan Imran akan sibuk buat persembahan multimedia dalam bentuk video untuk sambutan tersebut. Lepas itu, setiap tahun juga Mia buat program coding untuk Cabutan Bertuah Bagi Pemilik Cukai Harta. Bila ada majlis-majlis besar, Mia dipertanggungjawabkan terhadap apa-apa persembahan slides dan memastikan komputer dan projektor tiada masalah. Di samping itu, Mia sempat juga didik pelajar praktikal. Hasilnya sehingga kini mereka berjaya membawa diri dan adaptasi di alam pekerjaan. Sukanya Mia. Ingat lagi mereka ini pada Mia. Masa ini Mia tak boleh sambung belajar secara separuh masa, kerana terlalu sibuk dengan kerja.

Memandangkan Mia mencari-cari taraf jawatan tetap, maka Mia mohonlah mana-mana tempat di sekitar Johor. Akhirnya pada akhir tahun 2005, Mia diterima bekerja sebagai jawatan yang sama tapi berstatus tetap di Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia. Bermulalah suatu saat yang paling mencabar dalam hidup Mia apabila ICT baru sahaja hendak dibangunkan. Bayangkan cuma ada beberapa komputer sahaja pada masa itu, rasa macam nak menangis pun ada. Setiap hari orang asyik tanya bila nak beli komputer. Terus terang Mia katakan sektor pertanian agak ketinggalan sedikit dari ICT. Mia hanya seorang sahaja orang ICT dibantu oleh Suriati yang bukan dari ICT. 6 bulan pertama di sini, Mia sibuk membuat kertas cadangan untuk meminta peruntukan bagi pembangunan ICT. Letih juga turun naik Kuala Lumpur. Setelah berjaya mendapat kelulusan, Mia pun mulalah buat tender dan sebutharga untuk perolehan peralatan ICT. Semuanya kena buat sendiri bersama Suriati. Memang tak tahu, tapi Mia belajar. Kemudian buat rekod perolehan dan inventori supaya kelak senang untuk semakan audit dan rujukan di masa akan datang. Berdua dengan Su, menguruskan segalanya yang berkaitan di ICT dengan penuh kesabaran. Su pula yang berlatarbelakangkan pertanian telah pun dapat menguasai ICT sekarang ini. Tahun 2006, Mia mula buat cadangan untuk menambah kakitangan Unit ICT untuk pegawai (F41) dan juruteknik (FT17) memandangkan kakitangan ICT sedia ada betul-betul tidak mencukupi bagi menampung keperluan penggunaan ICT di semua pejabat LPNM di Malaysia. Banyak juga Mia mohon jawatan. Tetapi yang sedihnya hanya 1 jawatan F41 dan 1 jawatam FT17 yang diluluskan. Rasa memang betul nak menangis di kala itu. Katanya, jawatan gred ekonomi lebih diutamakan. Kecewa betul Mia, dengan Su yang suatu masa nanti akan berpindah ke bahagian lain. Dengan kerani yang tiada. Semuanya kena buat sendiri. Tiada siapa peduli perasaan Mia masa tu. Sungguh sedih sebab pihak pengurusan tak nampak kepentingan ICT, yang mereka tahu hanyalah nak pakai komputer, itu sahaja. Mereka tak nampak pengurusan ICT sekarang terlalu penting. Berkat kecekalan, Mia teruskan juga sehinggalah jawatan-jawatan baru diisi dan Mia sambung belajar ijazah di Open University Malaysia pada Mei 2008. Pada masa pegawai dan juruteknik masuk, semuanya dah lengkap. Bilik server pun dah ada, cuci kaki dan masuk sahaja. Pembangunan infrastruktur telah lengkap dan kemudian disambung dengan pembangunan sistem oleh pegawai. Kemudian, masuk satu lagi kakitangan dengan meminjam gred E27 untuk mentadbir sistem HRMIS, SMIN dan SAGA. Jumlah kesemuanya ada 4 orang kakitangan Unit ICT dengan aset dan inventori ICT bernilai hampir RM 2 juta nilai perolehannya sejak tahun 2005. Juruteknik yang ada memang sibuk ke sana ke sini untuk menyelenggara perkakasan ICT dan rangkaian di pejabat-pejabat seluruh Malaysia. Unit ICT sekarang ini memang bergantung sepenuhnya kepada pelajar praktikal. Kalau tiada, memang tidak cukup tangan.

Mia telah pun menjalankan tanggungjawab sepenuhnya. Apa-apa pun Mia akan cuba laksanakannya. Buat filing, surat, minit mesyuarat sudah perkara biasa bagi Mia. Sehingga Mia tidak terasa pun yang Mia ni Penolong Pegawai Teknologi Maklumat. Jeles juga bila tengok pejabat kerajaan dan agensi lain ada ramai jawatan ICT. Bilalah nak merasa semua itu.

Semua ini adalah pengalaman Mia untuk meneruskan kehidupan. Sentiasa bersyukur atas rahmatNya. Dugaan dan cabaran tetap ada untuk menguji kita.

p/s: sekadar luahan...

Jom Vote Mia Kejap Untuk Hari Ini....

Vote Me Everyday
23 April - 13 May 2012