Wahhhh... cantiknya nombor ni. Genap sudah 50 000 km penggunaan kereta Getz kesayangan Mia ini. Siap berhenti kat stesen minyak yang berdekatan semata-semata nak ambil gambar ini. Tak bolehlah nak ambil gambar semasa sedang memandu. Bahaya. Tak pasal-pasal nanti membahayakan orang lain. Macam-macam boleh berlaku... 

Sebelum itu, major service untuk kereta ini telah pun dibuat demi memastikan kereta ini berjalan lancar dan tidak timbulkan masalah kepada Mia semasa berada di atas jalan. Alhamdulillah... syukur. Yang penting selamat perjalanan pergi ke tempat kerja dan balik ke rumah. Ditemani Sofea yang sangat peramah dan petah bercakap, jadi tak adalah boring sangat.

p/s: mood syukur...