Alhamdulillah... sama-sama kita panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi untuk kita menjalani ibadat puasa di bulan ramadhan.

Di sini dikongsikan Lafaz Niat Puasa Untuk Sebulan, Harian dan Doa Berbuka Puasa untuk tatapan dan rujukan anda semua.

Lafaz Niat Puasa Untuk Sebulan

“Nawaitu sauma syahri ramadhana kulihi lillahitaala”

Maksudnya:
“Sahaja aku berniat berpuasa keseluruhan pada bulan ramadhan ini kerana Allah Taala”


Lafaz Niat Puasa Untuk Harian

“Nawaitu sauma ghodin an’adae fardisyahri romadhona hazihi sanati lillahhi ta’ala”

Maksudnya:
“Sahaja aku berniat puasa esok hari untuk menunaikan fardu Ramadan tahun ini kerana Allah Taala”


Doa Berbuka Puasa

“Allahumma laka shumtu wa bika amantu wa ‘alaa rizqika afthartu birahmatika ya arhamarrohimin”

Maksudnya:
“Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang”

p/s: jalani ibadat puasa dengan penuh penghayatan, moga kita semua mendapat keampunan daripadaNya..