Petua Hilangkan Angin Dalam Badan

Petua Hilangkan Angin Dalam Badan

Selalu sendawa atau kentut? Itulah cara angin ingin keluar daripada badan kita. Pernah tak terjadi perut memulas, perut kembung lepas itu angin tak keluar? Tension kan? Nak kena sapu minyak barulah lega sedikit. 

Di sini ada satu cara yang Mia tahu... Kepada mereka yang tidak berani, jangan buat. Mana tahu takut termuntah ke... Petuanya dengan meminum air bawang putih. Memang tak sedap pun. Tapi cubalah. 


Ambil beberapa biji bawang putih, kupas dahulu kulitnya. Kemudian, hiris halus-halus dan direbus dalam periuk. Sukatan air rebusan bersamaan 2 gelas air, dan rebus sehingga tinggal sukatan 1 gelas air. 

Tak perlu kerap minum air bawang putih ini. Minumlah sebulan sekali. Cubalah buat... 

 p/s: kaedah lain hilangkan angin selain daripada halia...

Post a Comment

28 Comments

  1. makan mungkin boleh tapi kalau minum.. erkkk.. berangan sekejap. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin boleh juga... cuma kena berangan skit pura-pura minum air oren ke... boleh telan tu..

      Delete
  2. akk selalu minum air halia kalau nak buang angin.. ni petua baru ni nnt akk nak jugak cuba ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sayapun biasa minum air halia...takutnya nak try bawang putih lak...he he he

      Delete
    2. kak adza... halia memang dah biasa. bawang putih ni pun ok juga..

      Delete
    3. ummiarissa... mula-mula memang susah skit. nanti dah terbiasa ok je...

      Delete
  3. kalau halia selalu jgak buat..buleh ler cuba next time..)

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. halia memang ok. cuma ni cara alternatif lain selain daripada halia. kalau asyik halia je nanti lama-lama muak juga... hehehe

      Delete
  5. alamak kak sekarang bawang putih mahal la

    ReplyDelete
    Replies
    1. uikkk hehehe.. kalau nak buat ubat, mahal ke.. murah ke.. orang tak kisah. asalkan boleh hilangkan angin...

      Delete
  6. uncle setakat minum hali pun lari keliling umah inikan pulak nak minum air bawang putih hahaha ..entry ni harap aunty tak baca.. huhuu habis uncle nanti !!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. oooo uncle.. agak2 kalau minum air bawang putih ni.. rasa2 nya lari keliling kampung kot...

      psstt nanti mia ping entri ni pada fb aunty... hahahahah

      Delete
  7. bawang putih kalau dlm masakan sedaplah, tp kalau rebus mcm ni xtaulah sanggup telan ke tak, hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh cik beruang... ni nasib baik direbus.. kalau terus kunyah gitu je hmmmm confirm memang tak leh telan...

      Delete
  8. sanggup ke nak telan.. saya tidak!! awal2 lg dah lari hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo syiela... takpe. leh minum halia sahaja la nampaknya..

      Delete
  9. Alamak kak.... Tak sanggup....
    heheheheh... Klu makan kat kedai tgigit bawang putih pun dah rasa x rela...
    ni nak minum air dia... Hehehheh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo ok. takpe kalau tak rela... ini sebagai alternatif mana tahu kot2 kat rumah dah habis halia ke....

      Delete
  10. huhu, wahh kena minum air tu...mmg tak sanggup...kehkeh =p

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo tak sanggup tak pe... kang termuntah susah juga... ;) peace...

      Delete
  11. Ohh...selalunya talif minum ino jika terasa perut memulas. Tapi, ini ilmu baru, tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. eno pun mia minum gak kalau perut tak sedap... minum air bawang putih ni pun satu yang baru bagi mia... tak salah kalau nak mencuba..

      Delete
  12. mia, berapa lama kesan nya bila minum air bawang putih tu, sbb angin dalam badan saya ni dah buat perut saya keras ini disebabkan saya kena chicken pox

    ReplyDelete
    Replies
    1. kesannya agak lambat... kalau nak cepat kena guna cara lain.

      Delete