Bebelan Di Tengah Malam - 7


Mood merajuk
Agak menyedihkan sebenarnya apabila pihak Naili Shoppe hubungi Mia menyatakan salah seorang pemenang Giveaway untuk cabutan bertuah yang kedua tidak menuntut hadiah RM10.00 hampir sebulan walaupun telah dihubungi melalui blog dan facebook. Macam mana Mia nak buat Giveaway besar-besaran sempena 10,000 followers nanti sedangkan Giveaway yang sebelum ini pun, hadiahnya tidak dituntut.

Mood suka
Aktiviti didikan Protege Kedua, Farah akan bermula pada minggu depan. Memang Farah nampak teruja betul nak belajar dengan Mia dan Eraz. Jadual aktiviti akan dibincangkan dan diharap Farah dapat melaksanakan tugasan setiap mingguan dengan jayanya selepas ini. Banyak perubahan yang harus dilakukan tetapi semuanya akan dibuat satu persatu dengan teliti. Perlu diingatkan Mia hanya ajar berdasarkan apa yang Mia tahu dan pengalaman Mia sepanjang berblog sehingga sekarang. Eraz juga akan membantu Farah nanti.

Mood susah hati
Dalam seminggu dua ini ada juga beberapa blogger yang meminta pandangan dan komen Mia tentang blog mereka. Bukannya Mia ini pandai sangat dan tidak mahulah dikatakan memandai pula. Dengan berat hati, Mia pun berikan komen yang membina dengan kata-kata paling sopan. Risau juga takut tersalah bagi komen nanti merajuk.  Sekadar pandangan daripada Mia. Nak ikut, boleh.... Tak ikut, pun boleh...

ada 3 jenis mood di kala ini....

Post a Comment

30 Comments

  1. 1 - bg kat paly jer, hehehe

    2 - bz ler nanti protege tu.. chaiyokk! ^_^

    3 - diorang pndg kak mia sbagai blogger yg terbaek, mgkn sb tu diorang suh kak mia komen..

    ReplyDelete
  2. bebelan penuh makna ni kak mia... hu hu hu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq ya farah... harap farah bersedia ya... (opppss macam nak pergi berperang pulak)

      Delete
  3. Replies
    1. tu la.. ingat nak cabut kali ketiga, nak kasi orang yang nak je...

      Delete
  4. Salam Mia...
    Nak komen mood susah hati tu, kenapa perlu susah hati...macam tak ikhlas/jujur jer bagi komen namanye tu. Jgn risau Mia, lagi byk di komen lagi kami suka...
    Kalau semuanya OK pasti blog kami dah setanding Mia...hehe
    Dah! Jangan susah hati...senyum skit :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam bin muhammad. terima kasih sudi pujuk mia. mia ikhlas beri komen cuma tak nak orang salah faham je. minta maaf teremosi sedikit. ok. mia dah senyum ni (^_^)

      Delete
  5. wah..hadiah tak dituntut..sape tu??
    kebizian melanda protege kak mia nanti..
    kak mia bagi pandangan yang membina..tu yg bagus...kak mia..kembalikan mood kak mia tu ye...smile...

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks ya.. alhamdulillah pagi ini dah kembali ceria. ;)

      Delete
  6. wah, kak mia dah macam tutor blog ni...chaiyok kak mia..:)

    ReplyDelete
  7. Mood bercampur baur nampaknya sis Mia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu lah miza.. dah macam abc (ais batu campur) plak..

      Delete
  8. mia.. hadiah rm1o tu lau xde yg tuntut kasi kat saye je . dapat beli nasi lemak tok mkn bekpes pagi2, hehhe

    ReplyDelete
  9. Eh, ada juga orang tak nak duit ye..
    Pasal mood ketiga tu, janganlah Mia susah hati. Kalau akak lah, tentu suka jika Mia komen blog akak sebab akak tahu komen Mia tentu jujur sebab Mia memang suka berkongsi ilmu. Betul tak?

    ReplyDelete
  10. apakata kak mia cabut je nama lain sbb dah kira lama tu tak dituntut hadiahnya. so, kurang serabut kepala dari dok memikir je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang nak cabut yang baru, nasib pemenang tu cepat2 tuntut bila entri ni di publish..

      Delete
  11. siapa ler yang tuntut hadiah tu...? terlupa @ tak tahu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia tahu... tapi terlupa nak bagi info yang betul kat penganjur. nasib dia cepat tuntut lepas entri ni di publish.

      Delete
  12. walaupun ada 3mood harap2nya mood kak mia tetap sentiasa positif.

    ReplyDelete