Malam tadi masa beli barang keperluan harian di Giant Skudai, selepas puas bermain di ruangan permainan kanak-kanak, Sofea sibuk minta duit syiling dari Mia. Rupanya nak timbang dan ukur tinggi dia. Bila dah berdiri, bukannya tahu nak diam-diam, lama jugalah nak ambil bacaannya.

Jom tengok..



Dan inilah hasilnya...

Berat : 20.9 kg
Tinggi : 98.0 cm
BMI : 21.7

Sofea memang tinggi ikut macam ayahnya. Ramai ingatkan dia dah 6 tahun tapi sebenarnya baru 4 tahun.

maknya tak timbang lagi.... huhuhu confirm mesti naik punya...