Alhamdulillah... Mia baru sahaja siap buat kerja di pejabat sebelum cuti raya. Mia tak suka tangguh-tangguhkan kerja. Uruskan kursus web content uploading untuk kakitangan ICT di Kuala Lumpur, siapkan laporan punch card bulan lepas, design kad jemputan majlis raya pejabat dan juga cetak kad jemputan tadi untuk tetamu VIP, nak diposkan dahulu sebelum raya.

Minta maaf kalau Mia membuatkan anda semua risau tentang keadaan Mia. Mia baru sahaja boleh update blog waktu sekarang ini. Terasa rindu sangat pada blog. Hati ini berkobar-kobar nak update blog tapi apakan daya komitmen kerja harus diselesaikan juga pada hari ini supaya naik kerja nanti tidak kelam-kabut.

Yang penting raya nanti, dapat beraya dengan tenteram dan tenang.

mood lega...