Dalam tempoh 2 bulan ini, ada 2 blog yang Mia dah buat troubleshooting. Menghadapi masalah yang berlainan. Mia kongsikan kisahnya dalam entri ini.


Mia tolong blog Cik Puan pada bulan Julai yang lepas. Masa itu, melalui seorang blogger yang sememangnya pengunjung blog ini. Cik Puan ini ialah kawan dia. Ada masalah blog yang banyak settingnya dah lari. Entri pun dah bercelaru dengan kotak komen yang hilang. Boleh lihat entri SINI. Hari itu hari Jumaat, Mia cuti dan esoknya Mia ada exam F41. Mungkin dah letih baca bahan-bahan rujukan teknologi maklumat, jadi Mia pun mengadaplah blog Cik Puan ni dari pelbagai sudut. Coding blog template agak mengelirukan sedikit. Katanya sebelum itu, ada seorang blogger yang dah bantu tetapi tidak berjaya. Tidak mengapa, Mia belek-belek lagi. Didapati semua entri memang tidak ada kotak komen dan ternyata rupanya tidak diaktifkan. Mia aktifkan satu persatu dalam semua entri. Nasib entrinya tak banyak, sebab blogger baru. Kemudian, setkan default setiap entri baru boleh keluar kotak komen. Masa kerja-kerja troubleshooting ini, Mia gunakan blogger template yang asal supaya senang nak jumpa punca masalah. Selepas siap, barulah Mia tukarkan kepada template blog kepada pink yang sekarang ini. Memang berat masalah ini, sebab kena check satu persatu dalam setting blogger dan juga coding html. Alhamdulillah, selesai juga.


Jee memang dah lama contact Mia di FB minta bantuan dari Mia. Masa itu, Mia agak sibuk sedikit. Rasanya ada dalam 3 bulan Jee menanti. Akhirnya semalam, Mia baru ada masa untuk belek blog Jee. Masalah feed blog yang tidak update dalam bloglist dan reading list di blogger dashboard. Kesiannya dia. Setiap kali bila update blog, nak kena beritahu secara manual pada rakan-rakan blogger yang dia dah update blog. Katanya, mood nak update blog berkurangan sebab ada masalah ini. Jadi baru semalam, Mia masukkan blognya ke dalam bloglist sendiri dan buat entri testing.  Ternyata memang tidak update ke dalam bloglist dan reading list. Mia tukar setting Site Feed dan betulkan balik blogger profile Jee untuk Google Friend Connect. Alhamdulillah, selepas itu entri testing telah muncul dalam bloglist dan juga dalam reading list blogger. Ini bermakna blogger lain yang follow blog Jee akan nampak entri terkini Jee dalam reading list dan bloglist mereka. Selesai juga masalah Jee. 

mood lega...