Kesian Perempuan

Bila dia bekerja membantu suami, dikatakan mata duitan nak hidup mewah senang lenang, tak peduli anak-anak, biarkan anak dibesarkan oleh pengasuh dan macam-macam lagi kata nista.

Bila dia berhenti kerja, dikata pula membebankan suami. Duduk rumah goyang kaki saja. Tak mendatangkan hasil.

Bila dia buat bisnes online dari rumah, dikata pula asyik ngadap handphone 24 jam. Rumahtangga terabai, suami dan anak-anak terabai. Dan lagi sekali ayat perempuan mata duitan meniti di bibir mereka.

Bila wanita-wanita janda itu menjadi wanita yang berjaya, dikata pula alah kaya tapi hidup tak bahagia tiada suami rumahtangga berantakan.

Kau nak apa sebenarnya??  Asyik cakap je, bantu pun tidak kan!!!

Sumber : Fb Persatuan Muafakat Johor

Lumrahnya ini yang berlaku di sekitar kita. Setiap orang ada bahagian masing-masing. Jangan mudah buruk sangka pada insan yang bergelar perempuan, isteri dan janda kerana pengorbanan mereka sangat besar untuk keluarga dan patut dihargai bukannya dicemuh.

** sekadar perkongsian di blog untuk renungan kita semua...