image Rajin-Rajinlah Update Blog - Mia Liana

SAPS Ibu Bapa ok? berikut adalah laman semak keputusan peperiksaan online SAPS Ibu Bapa yang rasmi oleh KPM

Monday, 21 October 2019

# Blog Matters

Rajin-Rajinlah Update Blog

Entri kali ini, Mia sekadar luahan pandangan tentang update blog. Sebagai blogger tak kiralah blogger sepenuh masa atau separuh masa, pasti akan luangkan masa untuk update blog. Tidak dinafikan bila kita rajin update blog, trafik pengunjung akan meningkat bergantung kepada entri-entri blog yang kita update.



Mia hanya blogger separuh masa. Kadang ada juga tidak konsisten update blog bila ada komitmen lain yang lebih penting. Tapi kepuasan berblog itu, hanya blogger sendiri saja yang dapat merasai dan lalui pengalamannya.

Percayalah. Walaupun hanya seorang dua pengunjung yang view entri di blog kita itu, dah cukup membahagiakan kita sebagai blogger. Apatah lagi kalau ramai yang bertandang ke blog kita. Satu bonus yang tak terluah dengan kata-kata. Lebih-lebih lagi, makin banyak entri dalam blog kita makin besar peluang blog kita dikunjungi. Sebab.. kita dah update entri pelbagai diselang-seli dengan entri personal, entri sharing, entri yang segar sepanjang zaman. Jangan pandang rendah pada entri-entri lama di blog kita, sebab itulah punca tarikan kita dapat pengunjung dari enjin carian (search engine).

Adakalanya kita buntu tak tahu nak update apa. Ya lah... kalau update hari-hari... tiba satu masa boleh juga kehabisan idea. Atau kita banyak idea nak update blog tetapi masa yang tak mengizinkan. Situasi seperti ini seringkali dialami blogger. Kata orang, nak seribu daya. Tak nak seribu dalih. Boleh cuba untuk jangan jadikan alasan kalau benar-benar ingin berblog. Usahalah ke arah yang lebih positif.

Kita dah ada platform blog ini. Jangan sia-siakan. Sumbangan kita sangat besar di arena dunia penulisan kerana kita dapat bantu memperkayakan artikel-artikel yang ada di internet ini.. secara tidak langsung dapat juga dikongsi bersama pengunjung. Sekurang-kurangnya kita ada pengunjung yang tahu menghargai artikel atau karya kita. Dapat manfaat dari artikel kita.

Ada blogger yang drastik perubahannya. Ada blogger yang slow and steady. Terpulang pada diri masing-masing. Bila kita konsisten update blog, biar pun seadanya... lambat laun pasti ranking blog kita akan menjadi mantap. Cubalah.... dengan menulis secara berterusan...


** gigihkan diri update blog....



46 comments:

  1. Betul tu Kak Mia, Om ni pun buka rajin nak uodate tapi sekurang kurang satu hari satu post itu pun dah memadai. Terima kasih kak mia sebab ingatkan.

    ReplyDelete
  2. betul tu, sorang dua dah baca pun, rasa hati bunga-bunga..hihihi...

    ReplyDelete
  3. Abe kie update tiga kali seminggu je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh tu abe kie... pastu maintain tiap2 minggu...

      Delete
  4. betul tu kak...usaha jugak ni untuk konsisten menulis walaupun masa sangat2 suntuk dengan komitmen lain

    ReplyDelete
  5. terima kasih kak mia atas peringatan ni.. memang menusuk betul pada dilah.. hahaha.. sbb up & down nak mengupdate blog ni.. adoii..

    ReplyDelete
  6. selalu cuba untuk memastikan setiap hari ada entry terbaru..

    ReplyDelete
  7. Sangat betul kak. Biasa ada trend naik dan turun. Kena pandai2 urus masa dan keadaan.

    ReplyDelete
  8. choyokkk.. tengah gigih jg ni nak consistant kan update blog.. mmg betul kadang tu kering idea apa nak update. Tapiiiii #SisCuba hahahaa

    ReplyDelete
  9. terima kasih kak atas perkongsian.. kebelakangan ini rasa mcm tak tahu nak update apa.. sdg mencari inspirasi utk update content..

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh tu... nanti kembalikan semangat yang hilang....

      Delete
  10. Setuju Mia..makaseh juga bagi tips dan berkongsi. Sekarang banyak dan juah beza trafik Sis bila selalu update blog...kalu sebelum ni hanya update bila ada idea dan masa, sekarang cuba update walau takde idea dan beri sedikit masa untuk mengadap blog..dah nampak bezanya..makaseh Mia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama sis lin... blog sis lin dah makin mantap tu... fokus konsisten... trafik leh mencanak nanti... chaiyukk.

      Delete
  11. ammi kategori blogger yg slow..been blogging since 2006 tp follower pun berapa kerat je sbb tak konsisten dalam menulis. Menulis utk suka2 je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh tu... asalkan kita happy berblog seadanya...

      Delete
  12. Bab masa tu yang jadi punca tak berupdate tu. Blogwalking lagi ke laut dalam. Tapi sekarang memang target 60 entri sebulan. Kalau malas update lirik lagu je haha

    ReplyDelete
  13. Tq mia.. I really need this. Hehe tgh cari semangat nak menulis blog

    ReplyDelete
  14. thanks mia sharing. cikla pun dah mula start menulis balik. lama dh kot cuti blog ni disebabkaan kekangan masa. inshaAllah lepas ni akan cuba konsisten balik.

    ReplyDelete
  15. most of the time, masa lah jd penghalang, idea byk, masa tak sesuai, masa takda, terus niat terkubur camtu je :)

    ReplyDelete
  16. Motivate sangat entry nih sis hehe. Selama nih tenggelam timbul sbb rasanya dunia blog nih dah mcm sunyi. Good sharing

    ReplyDelete
  17. saya update pun seminggu sekali je. mmmmmmm apa lagi kalau dah jadi mak buyung ni, lagilah malas

    ReplyDelete
  18. terima kasih kak sebab bagi kata semangat..insyllah lepas ni saya akan gigih la menulis blog.salam singgah dari sy n done follow.

    ReplyDelete