image Aktiviti Petang Sofea... - Mia Liana

Sunday, 12 December 2010

# Family Matters

Aktiviti Petang Sofea...


Petang-petang kalau balik kerja, selalunya akan bawa Sofea main buai kat padang depan rumah. Ada tempat permainan untuk kanak-kanak. Hmmm.. kalau dah kat depan rumah, tiap-tap hari lah boleh main buai. Sofea memang suka. Lagilah musim sekolah ni, ramai pula budak-budak yang main kat sini. Ada court badminton lagi, selalunya main badminton waktu siang dan sepak takraw waktu malam. Kalau malam memang terang kat depan ni, ada lampu spotlight di pasang MPJBT. Bila siang tutup sendiri.

Yang selalu layan Sofea kalau main buai ni, ayah dia lah. Mia pula tukang layan dari depan.  Uikkk! Sofea pakai baju tidur ke? Nak beritahu ni, Sofea memang dah dimandikan dan dipakaikan baju malam dulu bila Mia ambil dia lepas balik kerja. Senang, bukan? Balik je dah boleh buat kerja lain.

Apa-apa pun jom tengok aksi anak dan ayah ni main buai.








p/s: buai laju-laju sampai pokok sena, apa dalam baju sekuntum bunga cina.....

18 comments:

  1. alolo comelnya sofea~ geram tau rasa nak cubit2 je pipi tu hehe

    ReplyDelete
  2. hehe bestnya sofea..ada ibu ngan ayah yang selalu melayan dia hehe
    suka tgk sofea senyum..comey ja hehe

    ReplyDelete
  3. waaaahhhh.. sofea comeeyyyynyer...jom dtg pej zon selatan, dpn jer ader buai.. leh main same2..

    ReplyDelete
  4. baik nyaaa husband kak mia...kak mia dah ade brape org anak?

    ReplyDelete
  5. bagus aktiviti macam ni. insyaAllah anak akan lebih berani untuk melakukan aktiviti2 fizikal.. cumanya, kena ajak gotong royong lah kot, macam banyak sampah je taman tu

    entri terbaru : Satay Kajang di Kuantan

    ReplyDelete
  6. Ayah sofea pun nak rasa main buaian juga, sofea pula ketawa manjang, haha....kiutnya.....

    ReplyDelete
  7. @eiela dia memang suka kalau keluar rumah.. jumpa orang...

    ReplyDelete
  8. @dya adriza uikkk takleh cubit nanti kena lempang dengan dia...

    ReplyDelete
  9. @fatin hanani thanks fatin..macam ni lah kalau dah ada anak...

    ReplyDelete
  10. @Kami Gembira... uikkk entah bila pula nak bawa Sofea ke sana... hehehe...

    ReplyDelete
  11. @Noona terima kasih... mia baru seorang anak... :)

    ReplyDelete
  12. @Hisyam Muhibah uikk kecik lagi..nanti dah besar baru boleh libatkan dia dengan macam2 aktiviti supaya lebih berdikari...

    terima kasih sudi komen...

    ReplyDelete
  13. @Myfrin's story uikkk kak imun... terima kasih... ni maknya pun main buai juga tau!... :)

    ReplyDelete
  14. mmg suka kalau anak2 bawa gi padang permainan :)

    sop pun sama kalau ada masa lapang

    ReplyDelete
  15. kerenah budak2.best jugak kalo layan...terhibur hati

    ReplyDelete
  16. @LyNn'Azlina betul tu... hilang segala masalah dan tension...

    ReplyDelete