image Leganya Dah Habis Exam - Mia Liana

Wednesday, 29 December 2010

# Study Matters

Leganya Dah Habis Exam


Rasa lega sangat dah habis exam. Hari ni punya paper agak susah sikit. Ada juga yang Mia tak dapat jawab. Soalan esei yang last tu macam susah. Mia dapat jawab separuh je. Tak tahu lah yang lain tu Mia jawab betul ke tak? Padahal dah habis satu buku Mia baca. Soalan agak tricky dan boleh senang-senang tersalah bagi jawapan. Ni yang paling mia takutkan sekali. Apa-apa pun Mia dah cuba sedaya upaya untuk mengekalkan GPA semester ni. Harap-harap sangat dapat melepasi syarat Dermasiswa OUM yang Mia dapat tahun ni. Mesti 3.67 ke atas. Doa sangat agar penanda kertas jawapan paper ni akan bagi markah kesian kat Mia...

Terasa macam dah lepas satu beban yang berat. Dapatlah berehat sedikit sebelum semester Januari bermula pertengahan bulan depan. Begitu cepat masa berlalu. Buat masa ini Mia tidak buat apa-apa bayaran untuk semester depan. Mia dikecualikan. Tu lah harapan Mia agar OUM dapat memilih Mia lagi sebagai penerima Dermasiswa untuk tahun depan.

Semuanya bergantung kepada keputusan semester September 2010 ni. Dah la semester ni Mia agak frust dengan paper hari ni. Yang 2 lagi subjek tempohari hari tu harap-harap dapat keputusan yang baik. Takut betul rasanya nak tengok keputusan semester ni. Tekanan tu....

Kehidupan masih perlu diteruskan. Semangat perlu ada untuk semester depan yang lebih mencabar dengan 2 subjek programming... huhuhu... Terima kasih kepada kawan-kawan blogger yang sudi sokong dan bagi semangat pada Mia... Love you all...

p/s: perlu tabah hadapi semua ni..

15 comments:

  1. mesti rasa kosong jer kepala exam dah abeh...tp takut tunggu result..hehe

    ReplyDelete
  2. gud luck Mia.selalu berdoa k,i pun tgh tunggu result sem lepas..tak sabar..ekekek

    ReplyDelete
  3. tak pa la kak mia..
    kak mia dah wat yang terbaikkan :)
    tawakal ja :D
    biasa la..
    mcm fatin exam gak la..
    rasa separuh ja leh jawab hehe
    tup2 tgk result dapt A hehe
    syukur sgt :D

    kak mia pun blh la :) caiyok2 hehe ^_^

    ReplyDelete
  4. gud luck mia..bykkn bdoa ok..
    salam perkenalan dari amani..

    ReplyDelete
  5. tak apa mia..tapi mia confident kan boleh jawab yang lain..kalu pun dapat jatuh ke B grade..hehehe...Liz harap mia dapat A.

    ReplyDelete
  6. @LyNn'Azlina tu la yang mia paling takut nak tgk resultnya...

    ReplyDelete
  7. @mommyYen terima kasih.. semoga kita sama2 berjaya...

    ReplyDelete
  8. @fatin hanani tu la haah... minta2 lah...dapat ok... terima kasih sedapkan hati kak mia...

    ReplyDelete
  9. @Liz tu la... nak dapat a macam jauh sekali... kurang2nya dapat b+... lega skit...

    ReplyDelete