Bila Sofea Tolong Atuk Masak Di Dapur


Pagi tadi, Sofea sibuk tolong atuk dia di dapur. Atuk (bapa Mia) memang pandai masak. Masak apa sahaja memang sedap. Sofea pun nak cuba-cuba gaulkan mee hoon goreng dalam kuali. Pandai juga dia tiru gaya atuknya memasak. Ketupat, lodeh dan rendang hampir habis bila dah masuk raya ketiga.. jadinya sarapan pagi tadi ialah mee hoon goreng. 

Sukanya Sofea dapat tolong Atuk memasak. Biar bila dah besar esok, mewarisi bakat memasak atuknya. Seperti biasa... zasssss..





Terasa sedap bila dimakan masa panas. Bila makan ramai-ramai memang berselera betul.

Post a Comment

7 Comments