SENYAP - Sesi 2 & 3

Sambungan dari entri sebelumnya....

Taklimat pada sesi ke 2 pula, membincangkan hal ehwal tentang jurang generasi, jaringan sosial dan masa depan negara dari segi generasi Baby Boomers sehinggalah generasi Y. Pengetahuan dan kepentingan teknologi informasi amat berbeza melalui pelbagai generasi. Pendedahan terhadap jurang digital dan pengguna internet itu sendiri membuktikan bahawa tidak semua kelompok manusia mempunyai pendekatan dalam dunia IT yang sama.

Akhir sekali untuk sesi ke 3 pula, semua peserta dikehendaki berbincang di dalam kumpulan masing-masing dan mengemukakan cadangan atau idea atau usul yang boleh diketengahkan bagi membantu menjayakan pembangunan sepenuhnya portal one-stop-center Vyrec.

Begitu tingginya motif kerajaan dalam membina golongan belia ke arah yang lebih ideal dan berwawasan bagi melahirkan generasi akan datang yang lebih berketrampilan dalam memimpin negara di masa hadapan. Mia rasa bersyukur dan bangga kerana terpilih sebagai peserta dalam program SENYAP ini untuk menjadi cyber volunteer bagi membantu menjayakan program seumpama ini di masa akan datang.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Kementerian Belia Dan Sukan, Information Technology Youth Movement (ITYM), Institut Penyelidikan & Pembangunan Belia Malaysia dan Malaysian Youth Blogger's yang bertungkus-lumus untuk menjayakan program SENYAP ini. SENYAP telah pun mencapai matlamatnya dan sebagai seorang blogger, Mia rasa ini adalah salah satu inisiatif dan penghargaan oleh kerajaan Malaysia untuk golongan belia khasnya komuniti blogger. 













p/s : terima kasih untuk segalanya....

Post a Comment

10 Comments

  1. Bila kan ku jadi Baby Bommers nanti~~~ Cm ne la kan~~~

    ReplyDelete
  2. sazali yusof u shud be proud on the modul..kay...proud u ar the one who explain all these..n i'm proud to be ur frenz

    ReplyDelete
  3. Pengenalan dan penerangan yang mantap daripada saudara Khaireel Azlee amat membantu tetamu jemputan yang hadir memahami misi SENYAP 1.0

    ReplyDelete
  4. @Izzuddin Fauzi uikkk... masa tu dah 40an lah, kalau nak jadi baby boomers...

    ReplyDelete
  5. @Nizam terlalu bermakna.. sehingga sebak di dada. terharu atas keprihatinan kerajaan terhadap blogger

    ReplyDelete
  6. @Naluri Ini kesian tengok dia... panjang benar bagi penerangan nak kasi semua orang faham. macam2 contoh diberikan.. thank ya..

    ReplyDelete
  7. Agendanya macam blogger adalah agen kerajaan memberi penerangan mengenai dasar kerajaan.

    Berat juga tugas tersebut kerana perlu faham dasar dan hala tuju kerajaan sebelum dapat memberi penjelasan kepada awam

    ReplyDelete