Sumber gambar dari blog Kak Pah

Seperti biasa memang Mia akan buka GomoFM, sebab nak dengar suara Kak Pah yang sedap tu. Lebih-lebih lagi Kak Pah ada segmen review blog, cerpen dan novel. Sambil-sambil buat kerja tentulah seronok dengar radio....

Tiba-tiba hari Jumaat lepas, Kak Pah sibuk cerita pasal jari. Mia tak perasan sangat. Semua pendengar pun sibuk tengok jari masing-masing. Lepas borak-borak kejap kat ruangan chat, rupanya Kak Pah review blog Mia... entri Rahsia Penyakit Di Sebalik Jari Anda. Tersenyum simpul dibuatnya, di depan pc. Suka.. suka sangat....

Pada pagi itu pun blog Afzal pun di review juga. Jom tengok entri Kak Pah ni, BLOGGER MIA LIANA DAN BLOGGER AFZALSUKASUKI.

Terima kasih kerana sudi review blog Mia yang tak seberapa ini ya, Kak Pah. Sayang Kak Pah ketat-ketat.

p/s: terharunya...