Alhamdulillah... syukur sangat bila dengar berita di TV3 sebentar tadi menyatakan semua penjawat awam  / kakitangan kerajaan akan mendapat bonus setengah bulan gaji (minimum RM 500) sempena hari raya aidilfitri 2012. Gembiranya. Dapatlah meringankan beban kita semua untuk membuat persediaan raya nanti.

Pesara kerajaan juga akan mendapat bayaran khas kewangan sebanyak RM500 bermakna Ayah Mia pun akan dapat juga. Seramai 1.27 juta penjawat awam persekutuan dan 657,000 pesara kerajaan termasuk Mia dan Ayah Mia akan terima. Bayaran bonus ini akan dibuat pada 9 Ogos 2012. Wow! Terima kasih ya Kerajaan Malaysia.

sila klik pada gambar untuk besarkan

p/s: mood syukur...