Letak Widget Labels Di Side Bar Blog

Lama juga Mia berfikir sama ada nak letak atau pun tidak.. widget Labels di side bar blog. Akhirnya, Mia letak juga. Bagi Mia ianya sangat penting kerana Labels akan memudahkan carian terhadap entri-entri di dalam kategori yang sama.

Ini berikutan menu di bawah header menggunakan coding mouse over untuk paparkan sub menu. Maksudnya di sini apabila pengunjung melarikan mouse ke atas menu yang ada sub menu, paparan sub menu akan muncul. Bagi pengunjung yang menggunakan komputer atau notebook memang tidak akan menghadapi masalah sebab gunakan mouse. Tetapi bagi pengunjung yang menggunakan mobile devices contohnya iPad dan Samsung Galaxy Tab yang sememangnya menggunakan sentuhan jari akan sukar untuk paparkan sub menu tersebut kerana tidak boleh mouse over.

Sebagai contoh... bila mouse dilarikan ke atas menu Cooking, sub menu Cooking akan dipaparkan.


Jom add widget Labels yang ada dalam Blogger. Mia lebih suka pada option Cloud... nampak besar dan kecil. Makin banyak entri di dalam satu kategori, makin besarlah saiz tulisannya.


Jadi Mia harap dengan adanya widget Labels ini akan memudahkan semua pengunjung membuat carian terhadap kategori yang dikehendaki.

p/s: sukanya... dah dapat selesaikan aduan pengunjung yang menggunakan mobile devices....