Al-Fatihah Buat Arwah Pak Uteh

Semalam petang selepas Zohor, Suami Mia dapat panggilan daripada maknya mengatakan yang Pak Uteh telah meninggal dunia. Terkejut juga sebab arwah tidak mengalami apa-apa sakit yang kronik.

Masa itu kami masih di Batu Pahat lagi, dan kemudian siap-siap hendak balik ke Johor Bahru. Tidak terkejar-kejar takut bahaya. Lepas Asar barulah pulang ke Johor Bahru. Dalam perjalanan pula, trafik sesak sehingga Sedenak kerana ada berlaku kemalangan jalan raya yang melibatkan banyak kenderaan. Suami Mia memang tidak bawa laju, banyak sangat kenderaan di atas jalan raya.

Sampai sahaja di rumah Mak Mertua pun dah nak maghrib. Selepas maghrib, baru bertandang ke rumah arwah di belakang rumah Mak Mertua. Arwah adalah adik kandung kepada Ayah Suami Mia. Orangnya memang baik dan tidak pernah berkira walau apa sahaja pun. Kata Mak Yah (isteri arwah), arwah pergi kerja pagi semalam macam biasa dan balik rumah waktu tengahari untuk rehat. Memang selalunya akan tidur tengahari sekejap sebelum pergi kerja semula di sebelah petang. Tetapi semalam terus tidak bangun dan disedari oleh Mak Yah sudah tidak bernafas. Tengok muka pun tenang seolah-seolah masih tidur lagi. Arwahnya meninggal dunia di kala usianya 57 tahun. Telah selamat dikebumikan selepas Asar.


status facebook Mia malam tadi

Al-fatihah buat arwah di atas pemergiannya.. Mungkin ajalnya dah sampai. Senangnya dijemput Ilahi. Syukur alhamdulillah.. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Amin....

p/s: dah 2 orang ahli keluarga Suami Mia yang meninggal dunia ketika tidur. Sebelum ini, arwah atuknya.

Post a Comment

28 Comments

  1. takziah.......al-fatihah buat arwah..moga ditempatkan dikalangan org2 yg beriman n soleh..

    ReplyDelete
  2. Al-Fatihah.....
    Semoga rohnya ditempatkan di kalangan insan yang beriman.....

    ReplyDelete
  3. amin.. terima kasih ya mrs velentine...

    ReplyDelete
  4. al-fatihah..slm takziah kak mia skeluarga..

    ReplyDelete