Semalam petang badan Sofea mula demam dan kami pergi klinik homeopati di Kulai. Diberikan ubat demam, muntah dan cirit-birit. Ada dua botol ubat. Botol pertama perlu diberikan setiap setengah jam 5 ml. Selepas habis botol pertama barulah berikan Sofea ubat botol kedua setiap 4 jam 5 ml.

Sofea memang susah nak makan ubat jadi Mia bubuh ubat kat dalam cawan campurkan sedikit air masak dan kordial homeopati oren. Sofea suka minum air oren. Jadi dapatlah bagi dia ubat setiap setengah jam.

Botol pertama habis diminum pada jam 2 pagi tadi. Barulah Mia lega sedikit dan panas badan Sofea dah suam-suam kuku.

Sekarang ni Sofea dah mula nak main dan dah ceria sedikit. Masih lagi pantau suhu badannya setiap masa. Takut demamnya berulang.

Mak dan ayahnya pula yang nak demam ni.. Kurang tidur... Syukur Sofea dah semakin sihat.

p/s : paling susah hati kalau anak jatuh sakit...

Published with Blogger-droid v2.0.6