Selepas Apit sponsor ilustrasi vector Mia, datang lagi seorang blogger yang juga nak sponsor header, banner dan watermark baru untuk Mia. Siapa lagi kalau bukan Myra.

Mia ni agak cerewet sedikit, banyak kali Myra ubah itu, ubah ini sehinggalah jadi yang macam sekarang ni. Kami berbincang secara online di facebook pada petang Jumaat lepas. Mia memang suka warna-warna lembut dan nak pilih warna yang sesuai juga makan masa. Nasiblah Myra boleh layan karenah Mia dan ikut citarasa Mia...

Jom tengok hasil air tangan dari Myra..


Header

Banner

Watermark

Bagaimana? Cantik tak? Suka tak dengan padanan warna yang dipilih? Tema Mia.. nak yang lembut, ringan dan simple.  Jadi dengan rasminya line di tepi kiri dan kanan side bar blog dikeluarkan supaya blog akan menjadi simple dan lembut.

Terima kasih ya diucapkan kepada Myra yang sudi design header, banner dan watermark baru Mia. Imej baru untuk blog ini.

Kepada yang berminat sila hubungi Myra dan buat tempahan di SINI.