"Sahabat sejati adalah orang yang dapat berkata-kata benar denganmu, dan bukan orang yang dapat membenarkan kata-katamu."

Pernah atau tidak kita perasan akan betapa benarnya madah di atas ini. Tiba-tiba pula di kala petang begini Mia nak mengulas sedikit dan membincangkan tentang isu sahabat sejati yang berlaku di dalam masyarakat kita ini. 

Sebenarnya sukar untuk mencari kawan yang boleh dijadikan sahabat. Pada Mia bila sebut sahabat sahaja tentu dah terbayang di ruang fikiran... "ohhh kawan baik". Tapi persoalannya tidak semua sahabat itu benar-benar sahabat betul atau pun hanya berpura-pura demi menjaga hati kita. Mia lebih selesa gunakan istilah kawan untuk perbincangan huraian. Mood rajin nak mengarang pula petang-petang ini. Mia teruskan menaip...

Tetapi selalu yang terjadi adalah di sebaliknya. Berpura-pura baik di depan, tetapi di belakang suka menghentam. Tidak jujur namanya. Bila ditegur atas kesilapan yang ternyata silapnya benar, terus putuskan hubungan. Muka muncung dan terus tidak mahu bertegur sapa. Sepatutnya, syukurlah ada kawan yang sanggup tegur kesilapanmu itu dan berubahlah kepada yang baik. Tidak perlu malu dengan kelemahan sendiri. Ambillah ia secara positif. Bukannya dengan ambil jalan singkat terus putuskan hubungan kerana ego dan bongkak dan kemudian memburukkan kawan yang tegur tadi kepada orang lain. Tidak baik cakap belakang-belakang, cakap sahajalah terus-terang kan senang. Sayangnya, bukan senang untuk memulakan satu-satu hubungan persahabatan.

Bila kita berkawan, kita tentu tahu apa yang kawan kita suka dan apa yang tidak disukai. Hormatilah hubungan persahabatan. Saling nasihat-menasihati dan saling maaf-bermaafan. Jangan sombong, riak dan membangga diri bila berkawan.

Kalau jika berkawan itu akan membawa kepada perkara yang lebih negatif, contohnya bergaduh, tidak puas hati, mengumpat, mengutuk, dendam dan iri hati, lebih baik diam dan berseorangan daripada berkawan kemudian menyakitkan hati dan menambah dosa. Jujur dan ikhlas patut ada dalam diri kita. Itulah kunci segalanya. Jangan takut jika tidak ada kawan dan jangan terlalu bergantung kepada kawan. Belajarlah hidup berdikari. Bila kita berpendirian dan pandai menghormati orang lain, dengan sendirinya kawan baru atau lama akan datang pada kita nanti.

Sememangnya sukar untuk mencari sahabat sejati yang boleh berkata-kata benar terhadap kita... Bila dah dapat, hargailah hubugan persahabatan itu dengan sepenuhnya..

p/s: sekadar luahan...