Minggu lepas kan Mia ada outstation ke Kuala Lumpur. Mia gerak awal dari Johor Bahru pada hari Khamis lepas (20 Disember 2012) untuk sempat sampai ke Open University Malaysia (OUM) Kuala Lumpur sebelah petangnya. Nak jumpa dengan Puan Norzita dan ambil gambar konvokesyen ke 13 OUM yang dah siap.


Baiknya Puan Norzita ini, tunaikan hajat Mia yang memang nak beberapa buku konvokesyen yang ada nama Mia di dalamnya (paling best sekali di ruangan awards) dan OUM Today issue 101 (kisah Mia di ruangan CEMCA Award Winner) buat kenangan untuk seisi keluarga Mia dan Suami Mia. Tempohari masa konvokesyen di PWTC, memang sibuk dan tak sempat nak minta lebih sedikit.


Inilah gambar konvokesyen Mia yang telah siap. Mia siap minta gambar untuk dicetak dalam bentuk kalis air dan siap semuanya dimasukkan ke dalam bingkai (frame). Tambahan bayaran sebanyak RM 200.00 dikenakan oleh FotoRex. Senang, satu set terus. Tak payahlah nak cari bingkai gambar lagi.

Leganya, segala urusan tentang konvokesyen OUM ke 13 telah pun selesai.

p/s: rasa seronoknya dah habis belajar... akan merindui OUM lepas ni...