image OUM Konvokesyen Ke 13 - Sehari Sebelum - Mia Liana

SAPS Ibu Bapa ok? berikut adalah laman semak keputusan peperiksaan online SAPS Ibu Bapa yang rasmi oleh KPM

Monday, 17 December 2012

# Study Matters

OUM Konvokesyen Ke 13 - Sehari Sebelum

OUM Konvokesyen Ke 13 - Sehari Sebelum

Kisah Mia pada sehari sebelum konvokesyen ke 13 OUM, pada hari Jumaat 14 Disember 2012. Terima kasih kepada Puan Norzita dari OUM Kuala Lumpur yang membantu Mia sepanjang hari tersebut. Kiranya merangkap personal assistant untuk hari Jumaat dan juga hari Konvokesyen pada hari Sabtu 15 Disember 2012.

Awal pagi-pagi lagi kami sekeluarga telah pun bergerak ke Kuala Lumpur dan sampai ke OUM Kuala Lumpur sebelum pukul 10.00 pagi. Mula-mula Mia ambil jubah dahulu dan kemudian ada sesi fotografi oleh En Azizan Jamaludin, Senior Media Designer dari Digital Media Unit OUM Kuala Lumpur. Sesi fotografi berjalan dengan lancar.

Jom tengok gambar-gambar Mia di studio fotografi OUM Kuala Lumpur.





Sebelah petangnya pula, Mia menghadiri sesi raptai konvokesyen bagi memastikan perjalanan majlis pada hari esoknya berjalan lancar. Terasa begitu sangat dihargai sebab tempat duduk Mia di depan pentas bersama dengan para akademik OUM. Tidak dapat merasa perarakan graduan masuk ke dewan. Mia dibantu oleh Puan Norzita tentang tatacara untuk menerima Commonwealth Educational Media Centre for Asia (CEMCA) Award beriringan dengan Anugerah Program Bachelor of Information Technology with Honours ketika di atas pentas.



Walau ke mana Mia pergi, Suami Mia tetap ada sisi. Sayangnya kat dia... Sentiasa support Mia... Love him so much..

p/s : begitu diri ini tiba-tiba terasa seperti terlalu dihargai..

38 comments:

  1. Tahniah !!! Sokongan padu dari suami dan keluarga amatlah perlu setiap masa.

    ReplyDelete
  2. dapat jugak bertentang mata dengan pn. mia kan...heheheh... rehat jap..lepas ni masuk dewan balik sambung tugas...hiks.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah.. sempat tentang mata sekejap. selamat bertugas ya..

      Delete
  3. tahniah !! terasa tak sia2 perit lelah sebelum nie kan kak mia ... ^^

    ReplyDelete
  4. bestnye..nih yg rasa nak sambung belajar nih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. silakan ya fyna.. kena kuatkan semangat, tentu boleh.

      Delete
  5. Tahniah kat kak mia.. Bertuah kak mia suami sentiasa setia disisi... :) tahniah skali lg

    ReplyDelete
  6. Seronoknya MIa..... yg penting suami ada disisikan!!!

    ReplyDelete
  7. Terharu dan bangganya kakak dengan pencapaian Mia. Usah kata suami kakak pasti seluruh keluarga Mia pun bangga pastinya.

    Tahniah dari kakak Mia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah kak zakie. syukur sangat mia.. memang satu keluarga bangga dengan kejayaan ini.

      Delete
  8. Tahniah kak mia... Untung dpt suami yang sentiasa berada di sini. Semoga berkekalan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih yan ty... suamilah kekuatan isteri. amin..

      Delete
  9. Replies
    1. terima kasih leeza... sabar ya leeza. tup2 je dah sampai turn leeza pula..

      Delete
  10. Akak yang baca entri Mia ini pun rasa teruja.. Bukan mudah nak sampai ke tahap ni kan Mia?

    ReplyDelete
  11. keluarga adalah inspirasi kan kak mia :)
    suka tgk sofea :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah shida.. tanpa mereka tak tahulah boleh ke tak nak sampai ke tahap ni...

      Delete