image Bebelan Di Tengah Malam (2) - Mia Liana

SAPS Ibu Bapa ok? berikut adalah laman semak keputusan peperiksaan online SAPS Ibu Bapa yang rasmi oleh KPM

Tuesday, 18 December 2012

# From Me

Bebelan Di Tengah Malam (2)

Bebelan Di Tengah Malam (2)

Tangan ini sibuk pula nak menaip sedangkan mata pun sudah mengantuk. Sofea baru sahaja melelapkan mata. Nyenyak betul dia tidur.

Pertama kalinya Mia nak ucapkan ribuan terima kasih kepada semua pengunjung yang sentiasa meriahkan blog ini dan mengucapkan tahniah kepada Mia. Beberapa hari ini, Mia asyik update blog tentang konvokesyen ke 13 OUM sahaja. Terasa kalau boleh semua paper atau pun akhbar online nak Mia simpan dalam blog, tapi cuma dapat masukkan mana yang sempat. Bukannya apa, sebagai kenangan di masa hadapan. Harap janganlah boring ya...

Selepas ini semuanya akan kembali seperti biasa. Mia akan cuba blogwalking seperti biasa. Jangan serik untuk datang sini lagi, Mia memang benar-benar sibuk dalam seminggu ni. Memang betul-betul tak sempat nak balas kunjungan. Jangan kecil hati ya..

Tiba-tiba pula, terasa blog ini dah jadi pakar rujuk dan sumber inspirasi kepada pelajar-pelajar OUM lain supaya boleh mengikut jejak langkah Mia. Syukur, alhamdulillah. Ada gunanya juga blog ini untuk tujuan khidmat masyarakat. Walaupun sumbangan Mia ini kecil, tetapi sedikit sebanyak dapat juga membantu mereka yang ada di luar sana tu.

Minta maaf kepada blogger yang tag Mia untuk segmen ataupun ajak Mia join segmen atau GA. Mia minta maaf sebab tidak dapat support buat masa ini. Ini pun belum sempat habis blogwalking ke blog peserta segmen dan GA yang Mia join sebelum ini. Komitmen kena ada kalau dah join segmen ni...

Lepas ni, Mia nak mulakan review blog untuk pemenang Segmen Follow dan Blogwalking tempohari dan menyiapkan banner untuk Segmen Banner Gift. Tentu tidak sabar bukan? Mia buat pun secara santai-santai... 

Hmmm... cepat betul masa berlalu. Tirai tahun 2012 hampir melabuhkan sayapnya. Banyak kenangan terindah pada tahun ini. Syukur, alhamdulillah....

p/s: sekadar luahan...

26 comments:

  1. takpeee, wa senantiasa jadi pegunjung setia di sini .Kihkih .

    ReplyDelete
  2. harap belum terlambat saya ucapkan tahniah untuk kak mia atas kejayaan yg diperolehi... =)

    ReplyDelete
  3. Tentu semua faham kesibukan Mia kebelakangan ni. Tapi memang rasa rindu juga tau. Kebiasaannya bila buka blog, mesti ada ucapan dari Mia di shoutbox..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah, kak salmi. bz bebenor la. rindunya nak bertandang ke blog kak salmi...

      Delete
  4. Tak pe...takpe...fahamnya OKje....bz dengan macam macam hal dan yg utamanya...sapalah nak melepaskan peluang mematrikan kenangan beharga itu! Kan Mia....

    ReplyDelete
  5. betul tu sebab tu KA jrg join segmen sebab takut x boleh bagi komitmen sepenuhnyer ! x adil kan

    ReplyDelete
  6. moga blog kak mia terus jadi rujukan buat student dan semua pengunjung... :)

    ReplyDelete
  7. Apapun semangat yang ada memberikan aura semangat kepada orang lain untuk terus melangkah dan maju dalam bidang dan karier masing2.

    Pengalaman dan pengajaran daripada Mia akan menjadi kekuatan dan tauladan kepada orang lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih ya taliff... begitulah hendaknya. sekurang2nya blog ini dapat membantu memberi inspirasi kepada yang lain.

      Delete
  8. tak pe kak mia selesaikn yg penting..kami dsini sntiasa mnggu update tabru untuk santapan harian :)

    kak mia jmput join GA shida jika ada msa lbh ya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih ya shida... minta maaf ya tak sempat nak join GA tu..

      Delete
  9. Rasenya belom terlambat utk ucapkan tahniah kat mia ats kejayaan mia tempoh hari..lps ni sambung master kat OUm jgk ke?saya pn grad OUM gak thn lps n plan nk smbg master gk ni..tp xtau ngn U mne..prefer OUM gak kot..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih ya ana... insyaAllah kalau diizinkan tahun depan sambung belajar lagi mungkin ke phd terus kot... tengok keadaan dulu..

      Delete
  10. Macam baru je kenal kak Mia. Awal-awal kenal kak Mia selalu tulis pasal assignment dan exam macam-macam lagilah. Sekarang kak Mia dah habis belajar. Cepatnya masa berlalu :)

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum mia...sentiasa ada pengunjung setia...;)

    ReplyDelete