Tahniah diucapkan kepada Cik Akak kerana terpilih memenangi Segmen Follow & Blogwalking #4. Marilah sama-sama kita terjah entri terbaik Cik Akak...

Aku Bukan Femes

"Sebelum baca entri cik akak kena senyum dulu....hihi..

Aku ingin jadi femes...tapi lah biar aku ingat aku lahir dari angka sifar juga...
Biarlah hatiku hanya pada kawan-kawan aku....
Dan paling penting janganlah ada wujud perasaan sombong di hati aku....

Tapi aku suka bila aku tak femes...sebab aku boleh singgah blogwalking belog rakan-rakan...
Walau aku tahu kehadiran aku mungkin tak dijemput sekali pun...
Dengan erti kata lain...tidak dialu-alukan...
Aku senang begitu...
Kerana aku tahu...kejayaan sesorang tak mungkin melangkah tanpa pijak angka sifar...
Tipulah kalau hidup dia berjaya seumur hidup kan....

Dan aku suka juga bila aku tak femes.....
Orang kenal aku macam mana......
Dan aku ada masa dengan kawan-kawan aku.......

Bila aku pulish entri......
kawan-kawan ku tetap setia kepada aku...
Membaca entri aku walaupun aku tahu....
entri itu bukan ada makna apa pun....
Sebab aku tak femes......

Bila orang komen blog aku.....
aku gembira lantas senyum sampai ke telinga....
Sebab aku tahu...entri aku dihargai walaupun hanya makan sipot sedut....
Tapi aku tak reti makan sipot sedut...aku sebut je....
Korang tahu makan...korang makan je lah...tak yah jemput aku...hihi..
Tapi aku suka sebut sipot sedut... hihi"

Seterusnya sila klik SINI untuk mengakhiri madah Aku Bukan Femes oleh Cik Akak....

Hebat betul Cik Akak ini bila bermadah... penuh dengan perasaannya. Bila dihayati entri ini, banyak maksud yang tersurat dan tersirat. Itulah sebenar yang dicari. Famous bukanlah faktor utama bila kita berblog. Yang penting dapat rakan-rakan blogger yang sudi support kita dan bersama kita waktu kita susah. Bila dah jadi blogger, kita sebenarnya nak berkongsi kisah kita bukan hanya untuk famous tetapi untuk tatapan rakan-rakan. Macam di facebook juga tetapi yang ini di blog. 

Percayalah setiap blog ada pengunjungnya sendiri walaupun kita tidak perasan. Jangan sedih bila entri tidak ada komen. Teruskan berblog. Tetapi bila sudah famous, janganlah sombong dan lupa diri. Jangan lupa.. kita famous pun sebab mereka yang famous kan kita... huhuuhu

jemput berkenalan dengan Cik Akak ya.... manis orangnya...