Hari ini, dalam pukul 11.00 pagi, Mia, Suami Mia dan Mak Mia sampai ke tadika Sofea tanpa pengetahuan Sofea. Konon nak buat surprise....

Sementara menanti Sofea habis belajar, sempat jugalah melihat gelagat rakan-rakan Sofea belajar membuat kad ucapan Selamat Hari Raya. Apabila terpandangkan Mia sahaja, Sofea mulalah dapatkan Mia. 

Kemudian, majlis sambutan birthday Sofea pun bermula. Mia keluarkan kek angry bird dari kotak, terus Sofea senyum memanjang.

Kami buat yang ringkas, memandangkan sekarang ini kan sedang bulan puasa. Selepas rakan-rakan Sofea menyanyikan lagu Selamat Hari Lahir, Sofea pun meniup lilin. Ceria terpancar dari riak wajah Sofea yang sememangnya sentiasa bertanya bila nak buat birthday Sofea apabila ada majlis sambutan birthday rakan-rakannya di tadika. 

Dan inilah harinya...


dengan rakan-rakan satu tadika

masa nak tiup lilin

dengan Mia

posing istimewa sebelum potong kek

tolong Sofea potong kek

tengah makan kek.. pun senyum juga

tekun sungguh makan kek

40 goodies bag untuk rakan-rakan setadika

Syukur, walaupun ringkas ternyata Sofea suka dan gembira dengan majlis sambutan yang diadakan seminggu lebih awal. Tak sangka, begitu cepatnya Sofea membesar dan sekarang dah hampir mencecah 4 tahun...

bersambung dari entri sebelum ini, Persiapan Kek Angry Bird Dan 40 Goodies Bag