Buat kali pertama Mia menghadiri majlis perhimpunan blogger yang dianjurkan oleh DenaiHati iaitu Sepetang Bersama Blogger dan Yeo's 2014 (SBB2014) pada 8 Mac 2014 di Saloma Bistro Kuala Lumpur. Dah buat persediaan awal untuk ke majlis ini. Mia datang dengan Suami Mia. Ternyata, majlisnya tersangatlah meriah dan dihadiri oleh lebih 300 orang blogger. Memang terbaiklah...

Aturcara majlis sangat padat dan kami duduk di meja nombor 19. Banyak aktiviti dan sempat juga Mia beramah mesra dan bergambar dengan blogger-blogger yang sempat Mia jumpa. Penampilan Mia agak lain sedikit kerana ada slot perkongsian pengalaman dengan EPHYRA

Walaupun entri Mia untuk Yeo's Pilihan Semulajadiku tidak menang namun ada juga rezeki kami dari SBB2014 dan hadiah yang paling besar ialah ipad mini.

Terima kasih juga kepada Farah kerana sudi ambil Mia dari hotel dan juga tolong ambilkan gambar Mia ini. Ai is terharu sangat-sangat.

Jom tengok gambar yang dari handphone Samsung Galaxy Note 3 Mia ini....





Geng meja nombor 19







Puan Rozita, Jamu Ratu Malaya















Banyak juga Mia kumpul business card blogger-blogger yang Mia jumpa. Rasanya hari itu, letih urat pipi sebab penat senyum. Tapi dalam hati rasa puas dapat jumpa blogger-blogger yang selama ini di alam maya. Jangan kecil hati kalau Mia tak sempat nak beramah mesra dengan lebih lama. Mungkin kita boleh berjumpa lagi di lain kali nanti...

a very sweet moment...