Saturday, October 30, 2010

Sambal Ketok Pembuka Selera


Hari ini pagi tadi Mia buat sambal ketok. Ada yang panggil sambal gedok. Getok pun ada juga. Sambal orang jawa. Bahan-bahannya cukup mudah. Ikan bilis, bawang besar, bawang kecil, lada hijau dan garam secukup rasa. Terpulang nak lada merah pun boleh, cili api pun boleh. Sebenarnya, kena tambah belacan. Memandangkan Mia tak berapa suka belacan, jadi Mia lebihkan ikan bilis.

Semua bahan-bahan tadi digoreng dahulu. Lepas tu, ditapis untuk toskan minyaknya. Kemudian ditumbuk samada kasar atau pun lumat. Jangan lupa letak garam secukup rasa. Akhir sekali, tuangkan ke dalam mangkuk kecil dan sedia untuk dimakan. 

Jom cubalah.. sekali rasa tentu nak lagi...









* nota tambahan :
  • semua bahan-bahan perlu digoreng, seeloknya guna minyak yang sedikit. Opppsss Mia guna minyak agak banyak, suami Mia suka garing.
  • lebih sedap jika ditambah belacan sedikit, pun kena goreng juga.
p/s: segannya kuali tak cantik...
Read more / Baca Lagi >>>

Thursday, October 28, 2010

Hadiah Contest Pengkomen Terbanyak Telah Pun Dihantar


Fiuhhhh... hari ini Mia memang cukup sibuk. Buat design untuk Buku Program Pusat Informasi Nanas, MAEPS Serdang untuk MAHA 2010 ini. Nasib baik Ila dan Kak Aida dari Bahagian Promosi banyak memberikan kerjasama dari segi gambar dan maklumat. Kalau buat lambat nanti tambah pulak kerja lain yang ad-hoc. Al maklum MAHA 2010 dah dekat, macam-macam leh muncul, tetiba kena buat design lain ke... Alhamdulillah siap juga hari ini, dengan cetakan booklet. Sweet and simple. Buat 3 salinan berwarna untuk contoh.

Tengahari tadi Mia dengan Lela pergi ke Nation Wide. Apalagi nak hantar hadiah lah. Sebelum tu Mia ada call Fatin Hanani, macam terkejut je suara dia. Mia just nak confirmkan address mana tahu takut tersilap. Begitu juga dengan Miza, macam pelik bila Mia call.  Entah macam suara hantu ke Mia ni? Risau juga takut tengah attend kelas ke... Tiefazatie pula tak angkat handphone, tapi dah mesej Mia. 




Bila nak hantar hadiah kena bungkus dulu sebab fragile. Nasib baik muat dalam paperbag tu. Untuk keselamatan barang, agar tak rosak dan pecah bila sampai ke destinasinya. Jauh tu dari Johor ke Kedah dan Terengganu... Mia teringin nak jalan-jalan ke sana, cuma masa je yang tak mengizinkan.

Apa-apa pun di harap pemenang terus menghubungi Mia sekiranya hadiah tidak sampai. Jangan lupa buat posing yang menarik skit bila bergambar dengan hadiah tu. Akan dimasukkan ke dalam blog mycni2.blogspot.com dan sudah tentu blog ini juga. Ucapan ringkas pun harus disertakan sekali.

p/s: tahniah kepada pemenang... doakan agar Mia berjaya dalam pelajaran...
Read more / Baca Lagi >>>

Wednesday, October 27, 2010

Hadiah Contest Pengkomen Terbanyak



Hmmm... Mia akui seminggu dua ni agak busy. Minggu lepas Sofea demam, ayah Sofea demam dan Mia ada kursus. Minggu ni pula busy attend mesyuarat dan buat design untuk Bahagian Promosi menyiapkan buku program dan pertandingan mewarna bagi program MAHA 2010. Hujung minggu ada kelas kat OUM Johor.

Tengahari tadi pula Mia cuma sempat cari bekas paperbag untuk hadiah. Ni je saiz yang ada, yang kecik skit dah habis. Nasib baik comel. So sweet.

Nampak gayanya, esok tengahari sahaja baru Mia poskan hadiah ni. Seperti biasa menggunakan perkhidmatan Nation Wide. Apa-apa pun tahniah diucapkan kepada pemenang-pemenang yang berjaya.

Nak tahu apa hadiahnya? Kita tunggu pemenang bergambar dengannya. Mesti tak sabar-sabar, kan? Jangan lupa nanti bila hadiah dah sampai, buka sampulnya dan bergambarlah dengan hadiah tersebut dan dikirimkan ke email akak nanti. Opppsss! bersama ucapan ringkas sekali. 

Pemenang-pemenangnya ada di dalam entri sebelum ini Pemenang Contest Pengkomen Terbanyak.

p/s: ni adalah contest terakhir yang Mia buat untuk tahun ini....
Read more / Baca Lagi >>>

Tuesday, October 26, 2010

Kursus Pengenalan Undang-Undang Dan Standard Berkaitan Pertanian



Minggu lepas, hari Khamis dan Jumaat iaitu 21 dan 22 Oktober 2010, Mia telah menghadiri Kursus Pengenalan Undang-Undang Dan Standard Berkaitan Pertanian di M Suite Hotel, Johor Bahru. Kursus ini diadakan anjuran bersama Unit Latihan dengan Bahagian Kawalselia dan Inspektorat.

Walaupun kursus ini agak memboringkan bagi orang IT macam Mia, tapi banyak pengetahuan yang boleh didapati melalui pendedahan tentang akta dan undang-undang. Nasib baik penceramah pandai mengambil hati peserta-peserta dan sentiasa buat soalan cepu emas. Banyak juga terminologi yang kami belajar.

Ada latihan berkumpulan pada hari kedua dan kumpulan Mia mendapat markah paling sedikit. Kumpulan  Mia memang tak tahu sangat tentang undang-undang. Mia nak ucapkan terima kasih pada ahli-ahli kumpulan Mia yang telah sama-sama berusaha menjawab soalan walaupun tak tahu. Mereka ialah Marianna, Zainora dan  Ruhaida.





Secara kesimpulannya, kursus ini amat bagus bagi pegawai kakitangan kerajaan terutama yang berkaitan dengan akta alam sekitar, racun makhluk perosak dan makanan. Ini je yang Mia dapat ingat... tapi best lah, selesa dan makanannya sedap-sedap belaka.

p/s : 2 gambar adalah daripada koleksi Ma'som. Terima kasih...
Read more / Baca Lagi >>>

Monday, October 25, 2010

Keep Smiling... Have A Wonderful Day!



If you want something you never had, do something you have never done.
Don't go the way life takes you.
Take the life the way you go.
& remember you are born to live and
not living because you are born.

Some times Prayers doesn't change the situation,
but it changes our attitude towards situation,
& gives us the hopes which changes our entire Life"

Happiness always looks small if you hold it in your hands,
but when you learn to share it,
you will realize how big and precious it is..


Wish you a GREAT DAY ahead!!!  
Life is 10% what you make it and 90% how you take it.
"Keep Smiling...Have a Wonderful Day"
Read more / Baca Lagi >>>

Sunday, October 24, 2010

Terma dan Syarat Kelayakan Anugerah Dermasiswa Yayasan Canselor OUM


Mia tahu di luar sana tentu ada pelajar-pelajar OUM yang betul-betul berminat ingin mengetahui bagaimana Mia boleh ditawarkan Anugerah Dermasiswa Yayasan Canselor OUM 2010. Tidak dinafikan yang yuran pengajian di OUM agak tinggi dan ini juga kadangkala agak membebankan memandangkan kebanyakan pelajar-pelajar OUM ramai yang sudah berkeluarga dan berkerjaya. Faktor kewangan memang penting selain dari faktor masa. Ini lah cabaran yang paling hebat bila menjadi pelajar OUM.

Mia sebenarnya tidak menjangka akan ditawarkan dermasiswa ini, kerana bukan mudah dan tentu ada pelajar lain yang lebih layak. Alhamdulillah, Mia syukur sangat tahun ini Mia dapat belajar free. Apa-apa pun prestasi pelajaran harus dikekalkan dan dipertingkatkan.

Tanpa membuang masa, jom kita tengok terma dan syarat dermasiswa OUM ini.
  1. Pelajar adalah terdiri daripada Warganegara Malaysia yang sedang mengikuti program pengajian di OUM peringkat Diploma atau Sarjana Muda; dan
  2. Tidak menerima tajaan daripada mana-mana agensi Kerajaan dan sebagainya; dan
  3. Telah mengikuti pengajian di OUM sekurang-kurangnya untuk tempoh 1 tahun akademik; dan
  4. Anugerah ini berbentuk pengecualian yuran pengajian per kredit untuk satu tahun akademik; dan
  5. Mengekalkan PNG tidak kurang dari 3.67 setiap semester yang ditawarkan anugerah; dan
  6. Bebas daripada sebarang tindakan tata tertib oleh pihak universiti; dan
  7. Tidak menangguh pengajian melebihi 2 semester berturut-turut di sepanjang tempoh penerimaan anugerah ini; dan
  8. Pihak universiti berhak menarik balik Dermasiswa Universiti pada bila-bila masa, jika penerima didapati melanggar undang-undang negara yang membawa kepada hukuman yang dijatuhkan; dan
  9. Penerima yang berjaya dikehendaki menandatangani borang akujanji yang disediakan pihak universiti; dan
  10. Keputusan pihak universiti berhubung dengan perkara ini adalah muktamad; dan
  11. Pihak universiti berhak pada bila-bila masa menurut budibicara mutlaknya untuk membuat pindaan, penambahan atau pengecualian kepada mana-mana syarat dan peraturan yang terdapat dalam Anugerah ini, ataupun untuk memansuhkan anugerah ini.
Di harap perkongsian maklumat yang berguna ini dapat membantu pelajar-pelajar OUM lain yang berminat untuk mengetahui tentang dermasiswa. Sekiranya ada kemusykilan, boleh lah tanya Mia dan Mia akan menolong setakat yang termampu.

Kepada pelajar-pelajar universiti lain, belajarlah bersungguh-sungguh demi masa depan yang terjamin. Sesungguhnya masa itu adalah emas.
    Read more / Baca Lagi >>>

    Saturday, October 23, 2010

    Cara Unik Untuk Mengikat Beg Plastik


    Terkadang kita tidak perasan benda yang kita buang tu sebenarnya boleh digunakan semula. Mia pun cukup tertarik dengan kaedah ini. Penutup botol air mineral boleh digunakan untuk menutup beg plastik selain daripada kita gunakan getah belanja (tempe).

    Sungguh mudah, jimat dan tidak menyusahkan kita. Apa kata kita cuba cara ini di rumah. Mia rasa golongan surirumahtangga ataupun mereka yang suka duduk di dapur patut mengetahui cara ini. 

    Jom!

    Mula-mula kita gunting dulu penutup botol mineral. Buat hati-hati, bahaya ni boleh terpelanting botol tu.

    Lepas tu, masukkan yang bahagian bawah ke dalam plastik beg dan gunakan penutup untuk tutup dia dan pusing ketat-ketat. 

    Macam mana sekarang? Mudah tak? Tak payah susah-susah nak cari getah belanja (tempe). Angin pun tak masuk. Kira macam kedap udara juga lah. Selamat mencuba...
    Read more / Baca Lagi >>>

    Thursday, October 21, 2010

    Sofea Check-up Kat Hospital Kulai..


    Semalam, 20 Oktober 2010, lepas balik kerja, macam biasa Mia ambil Sofea kat rumah Mak Semah dulu sebelum pulang. Sempat juga berborak dengan dia. Mak Semah beritahu anak orang depan masuk hospital, anaknya demam panas, cucu orang sebelah plak dah 2 kali check darah sebab demam tak baik-baik.

    Punya lah risau dengan Sofea walaupun mild fever. Rasa macam nak check juga untuk kepastian memandangkan badan Sofea ada bintik-bintik merah. Balik je terus Mia beritahu suami dan kami pun pergi ke Hospital Kulai lepas isyak. Sampai-sampai je, punya lah ramai orang kat bahagian kecemasan. Mula-mula check kesihatan Sofea dan lepas tu, nurse ambil darahnya. Kami tidak dibenarkan berada di sisi Sofea, jadi terpaksa lah tunggu kat luar. Risau sangat sebab tak pernah biarkan Sofea dengan orang yang tak dikenali. Lama juga tunggu, lepas tuh nurse bawa Sofea keluar. Kesian juga tengok dia. Nasib baik tak meradang. Elok je mood dia.

    Tunggu keputusan darah amat lama, betul-betul menguji tahap kesabaran. Akhirnya pada 11.30malam, Sofea dipanggil masuk semula, doktor nak check dan alhamdulillah Sofea cuma demam biasa. Keputusan darah normal. Lega betul. Dalam pukul 11.40malam kami pun pulang.

    Gambar-gambar ni Mia snap masa hantar Sofea pagi tadi sebelum nak pergi kursus kat M Suite Hotel. Sofea sedang tidur dalam car seat.





    p/s: ketika entri ini dibuat, Sofea dah sembuh sepenuhnya...
    Read more / Baca Lagi >>>

    Wednesday, October 20, 2010

    Sofea Semakin Ceria...



    Mak mana yang tak risau kalau anaknya demam.. Kalau boleh nak cepat-cepat sembuh. Kalau budak asyik rengek je, hati tentu tak senang. Status kesihatan Sofea semakin pulih, walaupun malam tadi dalam pukul 11.00 tiba-tiba panas. Mia dan suami terpaksa mandikan Sofea dengan air biasa. Alhamdulillah, lepas tuh dah reda dan suam sehingga kini. Sofea masih lagi diberi minum ubat homeopati yang 4 jam sekali. Rasanya sehingga malam ni, baru habislah ubat tu. 

    Mia puas hati dengan ubat homeopati, cepat keluarkan panas dalam Sofea dan ruam panas keluar bermula semalam. Alhamdulillah, ruam panas di badan Sofea dah mula kurang selepas sapu krim dan bedak Agnesia.

    Sofea sekarang kembali ceria dan aktif, asyik nak main je. Sempat juga Mia snap gambar Sofea pagi tadi masa dia bangun dalam pukul 5.30 pagi. Memang dah rutin Sofea bangun awal pagi walaupun tidur lambat. Masa mengandungkan Sofea dulu, waktu awal pagi ni lah, Mia sibuk belajar dan ulangkaji pelajaran. 





    p/s: apa-apa pun Mia rasa lega sangat dan boleh lah lepas ni Mia nak siapkan assignments pula.... buat pelan-pelan...
    Read more / Baca Lagi >>>

    Tuesday, October 19, 2010

    Demam Sofea Dah Reda..



    Apa pun Mia syukur sangat demam Sofea beransur reda selepas makan ubat homeopati petang semalam. Jadualnya satu jam sekali minum ubat sehinggalah pagi tadi pukul 6.00pagi baru habis ubatnya. Kemudian, disambung pula dengan ubat yang 4 jam sekali minum untuk seterusnya sehinggalah habis semuanya. Rasanya macam air masak jadi mudah nak minum. Minum pun guna gelas. Kalau guna picagari ataupun sudu, sudah tentu Sofea tak nak punya. Lega sangat rasanya Sofea nak minum ubat walaupun tidur Mia dan suami kejap-kejap sambil jaga Sofea.

    Hari ni Mia pergi kerja dan macam biasa hantar Sofea ke rumah Mak Semah. Merengek-rengek tak nak. Nak ikut Mia juga. Nak buat camne Mia kena pergi kerja juga. Cuti Mia dah tak berapa banyak, lagipun nak kena simpan untuk apa-apa kecemasan di kemudian hari dan exam nanti. Sepanjang masa Mia call Mak Semah, pantau perkembangan Sofea dari pejabat. 



    p/s: pening gak tak cukup tidur, nanti masa tengahari tidur kejap...
    Read more / Baca Lagi >>>

    Monday, October 18, 2010

    Sofea Demam... Makan Ubat Terus Muntah...


    Semalam, sepanjang hari Mia kat OUM Johor menghadiri kelas. Sofea dihantar ke rumah Mak Semah, pengasuh Sofea. Balik lepas ambil Sofea, Mia singgah rumah Mak Mertua kejap, dia bungkuskan Mee Bandung, jadi untuk makan malam Mia tak perlu masak kat rumah. 




    Sofea pula sekarang ni susah sangat nak tidur, suka tidur lewat malam. Malam tadi dekat 1.30 pagi barulah dia tidur. Tiba-tiba dalam pukul 3.00 pagi, dia nangis merengek, demam panas pula. Apalagi suami Mia buatkan air asam jawa. Mia jelum satu badan Sofea dengan air asam jawa. Kejap sejuk, kejap panas.

    Masalah Sofea ni pula, kalau makan ubat demam dari doktor terus muntah. Takkan nak letak ubat cucuk pulak. Tak elok kata orang. Pening betul kami berdua. Dah muntah 2 kali setakat ni. Agaknya salah urat kot... Mia terus telefon Kak Zah, tukang urut yang kat Larkin tu booking tengahari untuk urut Sofea.

    Ni sekarang tengah tunggu klinik homeopati di Pekan Francais Pulai, buka pukul 9.00 pagi, cuba ubat yang kat situ pula. Sementara tu, jelum badan Sofea, biar jangan panas. Mia pula terpaksa ambil cuti arini, nak jaga Sofea.



    p/s: macam ni lah adat orang yang ada anak kecik...
    Read more / Baca Lagi >>>

    Blogger Tegar Perlukan Domain by tentangikram[dot]com



    Mula-mula sekali Mia nak ucapkan terima kasih pada myzul sebab tagged Mia dalam entrinya Blogger Tegar Perlukan Domain by tentangikram[dot]com pada 26 September 2010. 

    Mia tak nak lepaskan peluang untuk dapatkan domain.com secara percuma ini yang dianjurkan oleh Ikram. Mia dah lama follow dia.  Agak lambat sikit Mia buat entri ini tapi masih sempat lagi kerana tarikh tutupnya adalah pada 19 Oktober 2010.

    Warganegara : Malaysia


    Dah lama jadi Follower Ikram
    ID : mia liana

    Mia nak tag :

    Domain yang diingini :
    mialiana


    Jom lah join. Masih sempat lagi ni. Mana tahu rezeki tu di tangan kita. Tidak salah kalau kita nak mencuba....
    Read more / Baca Lagi >>>

    Sunday, October 17, 2010

    Beautiful But Deadly Flowers In The World


    Beautiful as it may be, some flowers are much more than it appear s to be. Believe it or not, these seemingly harmless plants can really ruin your vacation. To help you know what flowers to stay away from on your trips, study the list of the world's most attractive but dangerous flowers:

    1. Autumn Crocus



    One of the most endangered plants in the world, Autumn crocus is also probably the most poisonous. It contains colchicines, a deadly drug used effectively in the treatment for gout. Unlike other toxins found in the flowers above, colchicines, an arsenic-like poison has NO antidote. Autumn crocus poisoning leads to reduced blood pressure and cardiac arrest.

    2. Oleander



    Oleander is known as one of the most poisonous plants on Earth, often used in suicidal cases around southern India . The numerous toxic compounds contained in the entire Oleander plant, including oleandrin and nerine, affect the nervous, digestive and cardiovascular systems, all at the same time. Oleander poisoning leads to drowsiness, tremors, seizures, coma and even death. The plants sap causes skin irritation and severe eye inflammation.

    3. Rhododendron


    This popular evergreen shrub, featuring large, beautiful blooms, has been known for its toxicity since ancient times. Xenophon recorded the odd behaviour of a group of Greek soldiers who had eaten honey from rhododendron flowers. Rhododendron contains Andromeda toxin which causes nausea, severe pains, paralysis and even death. Azaleas, members of the same plant-family as rhododendron, are also poisonous.

    4. Angels Trumpet


    Despite its name, there's something very evil about this plant. The toxins it contains can be fatal to humans and a number of animals. Known as a powerful hallucinogen, Angels Trumpet should not be used for recreational purposes, since the risk of an overdose is very high. Angels Trumpet plants contain a variable amount of tropane alkaloids, like atropine and scopolamine, and it is used in shamanic rituals by indigenous tribes in western Amazonia.

    5. Belladonna


    Known as one of the most poisonous plants in the Western Hemisphere, Belladonna contains potentially lethal tropane alkaloids. The entire plant is harmful, but its good-looking berries pose the most danger, especially to kids. The symptoms of Belladonna or Deadly Nightshade poisoning are dilated pupils, blurred vision, headaches, hallucinations, delirium and convulsions. Atropine, the toxin in Belladonna, can kill a person by disrupting the nervous systems ability to regulate breathing, sweating and heart rate.

    6. Lily of the Valley


    Just like the Daphne, Lily of the Valley may look beautiful and harmless, but it is entirely poisonous. Eating one or two of the plants bell-shaped flowers won ’ t hurt you very much, especially if you're an adult. Eaten in large quantities, Lily of the Valley causes pain in the mouth, nausea, vomiting, cramps and diarrhea. People with heart conditions should be most careful since the toxins cause the heartbeats to slow down or become irregular. Eaten in large quantities, Lily of the Valley causes pain in the mouth, nausea, vomiting, cramps and diarrhea. People with heart conditions should be most careful since the toxins cause the heartbeats to slow down or become irregular.

    7. Daphne


    Also known as Lady Laurel or Paradise Plant, Daphne is a 1-1.5 meters tall shrub, usually grown for its scented flowers. All parts of the plant are poisonous, but the greatest concentrations are in the sap and berries. Daphne contains mezerine and daphnin, two powerful toxins that cause stomach aches, headaches, diarrhea, delirium and convulsions. If Daphne berries are consumed, the victim might fall into a coma and even die. 

    Source : Email
    Read more / Baca Lagi >>>

    Buy Here Online @ Mialiana.com