HARI KEDUA BENGKEL PEMANTAPAN KERANGKA STRATEGIK PELAKSANAAN PROJEK AGRICULTURE FLAGSHIP (AgF)


Eh..Eh... sambil-sambil tu sempat juga kempen di sini. Semua orang ada facebook, kan? Jadi tak salahlah untuk ajar mereka ini vote Mia setiap hari, walaupun Mia ni pangkat penolong pegawai sahaja. Mia dalam Kumpulan 3 dan semuanya terdiri daripada pegawai gred lebih tinggi daripada Mia. Tengoklah, happy je kan semua orang... sebenarnya di dalam hati ni fikir bilalah nak siap.. nak cepat-cepat balik hari ini....

Semalam, macam segan sedikit nak cakap dengan mereka, tetapi hari ini dah bertambah mesra. Sesi brainstorming ini memang sakit kepala sebab nak perahkan otak buat kerangka untuk Agriculture Information System yang hendak diusulkan. Bukan senang ya....





Ohhh.. tidakkkk... Mia kena bentangkan untuk aktiviti ke 5. Terangkan sahaja apa yang patut ada dalam dashboard extension manager...



Sarapan pagi Mia.... sambal ikan bilisnya memang terasa enaknya...


Santapan tengahari Mia...... sedap....



p/s: ABC lagi hari ini... tetap tak tinggal... kegemaran Mia... Sambungan dari entri INI.

Jom Vote Mia Kejap Untuk Hari Ini....


Vote Me Everyday
23 April - 13 May 2012

Post a Comment

0 Comments