Kalau perasan 2 entri sebelum ni, sebenarnya Mia masak untuk pelajar-pelajar praktikal (tempoh Januari - Jun 2010) yang nak datang beraya ke rumah Mia. Nad, Syamil dan Sofea datang beraya petang Jumaat 17 September 2010. Rindunya... masing-masing dah habis diploma IT. Ada yang kerja dan ada yang sambung belajar. Sayang betul Eja tak join sekali, dia busy betul dengan assignment, katanya malam tu juga dia bertolak balik ke Politeknik Dungun. 


Sofea pula agak moody masa ni. Skit-skit nak meragam... Nak main handphone aje dan nak dokong sepanjang masa. Suka betul mereka menikmati juadah yang disediakan. Siap tambah lagi. Mia bungkuskan puding seorang satu, bolehlah rasa-rasa nanti kat rumah.


Terima kasih sudi datang ke rumah akak, senang-senang nanti datanglah lagi. Belajar rajin-rajin dan kerja elok-elok. Wishing all of you.. the best of luck!