Pagi-pagi lagi Mia dah siapkan barang-barang Sofea. Yang penting kalau datang lambat takut ramai orang, dah lebih lama kena tunggu. Hari Sabtu 4 September 2010, tentu ada yang masih kerja pagi tu. Doa sangat tak ramai orang. Dalam pukul 8.30pagi, gerak kuar ke OUM JB.

Alhamdulillah, sampai-sampai je tak ramai sangat orang. Lega rasanya. Beraturlah Mia macam biasa sambil memerhatikan gelagat Sofea bermain dengan ayahnya. Suka betul Sofea, ke sana ke sini. Mentang-mentang baru saja pandai jalan.

Urusan pendaftaran dan pengambilan modul tidak memakan masa yang lama. Dalam lebih kurang 35 minit selesai dah semuanya. Sempat juga berbual-bual dengan En Abdul Rahim, Pengarah OUM JB. Minta Mia masukkan takwim/aktiviti pelajar semester ni dalam blog Mia. Mia setuju, tapi buat masa ini belum sempat lagi.

Jom tengok gambar-gambar kami sekeluarga semasa di OUM JB. Ceria, je kan?


p/s: masa ni Mia tak pakai lipstick... bibir tengah pecah-pecah...