Minggu lepas, hari Khamis dan Jumaat iaitu 21 dan 22 Oktober 2010, Mia telah menghadiri Kursus Pengenalan Undang-Undang Dan Standard Berkaitan Pertanian di M Suite Hotel, Johor Bahru. Kursus ini diadakan anjuran bersama Unit Latihan dengan Bahagian Kawalselia dan Inspektorat.

Walaupun kursus ini agak memboringkan bagi orang IT macam Mia, tapi banyak pengetahuan yang boleh didapati melalui pendedahan tentang akta dan undang-undang. Nasib baik penceramah pandai mengambil hati peserta-peserta dan sentiasa buat soalan cepu emas. Banyak juga terminologi yang kami belajar.

Ada latihan berkumpulan pada hari kedua dan kumpulan Mia mendapat markah paling sedikit. Kumpulan  Mia memang tak tahu sangat tentang undang-undang. Mia nak ucapkan terima kasih pada ahli-ahli kumpulan Mia yang telah sama-sama berusaha menjawab soalan walaupun tak tahu. Mereka ialah Marianna, Zainora dan  Ruhaida.





Secara kesimpulannya, kursus ini amat bagus bagi pegawai kakitangan kerajaan terutama yang berkaitan dengan akta alam sekitar, racun makhluk perosak dan makanan. Ini je yang Mia dapat ingat... tapi best lah, selesa dan makanannya sedap-sedap belaka.

p/s : 2 gambar adalah daripada koleksi Ma'som. Terima kasih...