Pertama sekali Mia nak ucapkan ribuan terima kasih kepada Open University Malaysia kerana telah banyak membimbing dan membantu Mia untuk mendapatkan segulung ijazah yang begitu bermakna buat Mia. Terasa pengalaman belajar selama 4 tahun terlalu banyak berharga.

Keputusan 4 tahun lepas ketika ingin memilih Open University Malaysia sebagai tempat untuk menyambung pengajian degree ternyata tidak sia-sia. Mia suka cara pembelajaran di sini. Amat sesuai dengan jiwa Mia. 

Terima kasih juga kepada OUM kerana telah memilih Mia untuk menerima Anugerah Dermasiswa Yayasan Canselor OUM selama dua tahun berturut-turut pada tahun 2010 dan 2011. Mia juga ada di dalam Portal Rasmi Open University Malaysia sepanjang tahun 2012. Tidak cukup dengan itu, Mia ada juga dimasukkan di dalam buku Propektus Open University Malaysia 2012. Begitu banyak penghargaan yang Mia terima daripada Universiti tercinta. Terasa seperti hendak mengalirkan air mata.

Tahun ini, fanpage OUM turut bantu mempromosikan blog Mia untuk DiGi WWWOW Awards 2012. Syukur alhamdulillah blog Mia berada di ranking ke 2 selepas undian di tutup sekaligus berada di dalam Top 10 Blogger of the Year. Terima kasih tidak terhingga.

Tahun lepas, kisah Mia tentang kejayaan di dalam pelajaran dan juga pertandingan blog dan rekabentuk grafik peringkat negara ada dalam majalah korporat OUM, OUM Today issue 86.

Terima kasih juga kepada Encik Abdul Rahim, Pengarah OUM Johor yang banyak memberikan panduan dan galakan kepada Mia. Juga banyak menasihatkan Mia semasa pengajian di OUM Johor Learning Centre.  Mia juga ada bagi talk untuk pelajar baru ambilan Semester Mei 2010 tentang kisah pengurusan masa, tips-tips belajar dan berkongsi pengalaman bersama pelajar baru.

Apa yang dikecapi hari ini adalah daripada usaha yang keras dan jadual pembelajaran yang ketat selama 4 tahun supaya Mia boleh memberikan komitmen kepada keluarga, belajar dan juga kerjaya. Kerana Mia terlalu percaya pada "Usaha Itu Tangga Kejayaan", tanpa usaha tentu sukar nak berjaya. Ditambah pula dengan doa daripada ahli keluarga dan juga semua rakan-rakan yang mengenali Mia. 

Syukur sangat-sangat sekarang ini. Alhamdulillah, tidak lama lagi Mia akan menghadiri konvokesyen  untuk Bachelor of Information Technology (Hons) pada 16 Disember 2012 dengan Anugerah Dekan CGPA 3.80. Terima kasih kepada semua lecturer/tutor yang mengajar Mia selama ini. Jasamu akan tetap dikenang. Betapa rindunya saat-saat masa belajar dulu.

Terima kasih Open University Malaysia!


Sekadar selingan.... Lagu yang penuh dengan inspirasi dan harapan... The Climb. Mia suka sangat lagu ini. Bukan senang untuk berjaya dan bukan mudah untuk hadapinya. Hanya kekuatan diri yang boleh atasinya dengan semangat yang kental.


p/s: bergelinangan air mata, hampir menangis ketika menaip entri ni...