Bila Datang Ke Blog Yang Baru Pertama Kali Dikunjungi....

Entri secara santai pada petang hari Ahad ini. Terasa nak berkongsi pengalaman Mia bila datang ke blog yang baru kali pertama dikunjungi. Tentu nak tahu apa yang Mia buat, kan? Mia saja nak kongsikan di sini...
  1. Tengok blog secara keseluruhan dari atas sampai ke bawah. Berat ke tidak.. Banyak entri di depan ke tidak... blog ni menarik ke tidak...
  2. Kalau berkenan kat blog tu, akan cari kat mana widget Follower, terus follow kalau belum di follow.
  3. Tinggalkan jejak di shoutbox (kalau ada shoutbox)
  4. Belek-belek entri. Kalau ada entri yang berkenan di hati akan tinggalkan komen dalam entri tu.
  5. Cuba mengenali siapa tuan punya blog ini dengan mencari maklumat di Profile ataupun kalau ada page Tentang Saya di menu bar blog.
  6. Suka cari keunikan blog ini di mana.. Identiti dan konsep yang ditonjolkan..
  7. Lebih berminat pada blog personal daripada blog SEO. Kalau dengan blog personal lagi mudah untuk didekati tuan blognya. Mana tahu boleh tambah kenalan ke...
  8. Kalau ada respon yang positif dari tuan blog, Mia akan selalu bertandang ke blog itu walaupun blog itu hanya buat entri yang simple.
  9. Jadi silent reader, sebab tak tahu nak tinggalkan jejak di mana, nak komen apa di entri. Tengok sahajalah. Baca yang mana patut. Tidak kisahlah kalau tuan blog tidak tahu kehadiran Mia di blognya.
Tidak tahulah blogger-blogger lain buat macam mana. Mungkin ada lain ke... Mia ni bukannya kisah sangat pun, tapi kalau blog itu bagus dan banyak informasi yang berguna, Mia dengan tidak malunya akan datang lagi waktu lapang dan belek-belek entri blog tu. Nak cedok ilmu. Kadang tinggalkan komen di entri, kadang hanya silent reader sahaja.

p/s: suka blog yang ringan, simple, kemas dan menarik...