image Kelebihan Background Blog Yang Berwarna Putih - Mia Liana

SAPS Ibu Bapa ok? berikut adalah laman semak keputusan peperiksaan online SAPS Ibu Bapa yang rasmi oleh KPM

Friday, 28 December 2012

# Blog Matters # Tips

Kelebihan Background Blog Yang Berwarna Putih


Kelebihan Background Blog Yang Berwarna Putih

Tiba-tiba Mia rasa macam nak berkongsi pandangan Mia tentang pemilihan background blog Mia ini yang berwarna putih. Ada kelebihannya. Mia kongsikan ulasan lebih lanjut tentang bicara HH berkenaan Warna Putih Lebih Baik Untuk SEO.

Mula-mula masa berblogging dulu Mia memang suka tukar-tukar background blog ini. Macam-macam background telah ditukarnya. Pada masa itu, trafik blog ini belum mantap, dan Search Traffic (trafik enjin carian) tidaklah banyak sangat. Aktiviti blogwalking sahaja yang mampu menaikkan trafik blog ini tatkala itu.

Mia cuba belajar daripada blogger-blogger otai yang pro dan juga hasil ilmu yang dipelajari dalam subjek-subjek teknologi maklumat masa belajar di OUM, Mia dapat simpulkan yang warna putih adalah yang paling sesuai sebagai background blog. Kerana ianya adalah warna yang paling asas.

Sekarang trafik utama blog ini adalah daripada Search Traffic. Penukaran kepada warna putih bermula dari background template yang ke 23 pada Jun 2012. Background blog sekarang ialah background template yang ke 25.

Warna putih adalah paling natural dan nampak ringkas dan juga blog akan menjadi ringan. Harus disesuaikan dan  dipadankan dengan mana-mana warna yang lain asalkan ianya tidak keterlaluan. Kita kena pandai gayakannya supaya blog kita nampak menarik.

Apa-apa pun ini hanyalah satu pandangan dan ianya juga bergantung kepada identiti blog itu sendiri. Kalau blog fotografi mungkin lebih sesuai menggunakan background hitam atau pun warna-warna gelap.

Selalunya blog-blog yang memilih warna putih untuk background adalah blog SEO. Blog personal pun boleh juga supaya senang nak baca entri-entri dalam blog. Pengunjung suka, kita pun happy kan...

p/s: warna juga memainkan peranan penting untuk background blog..

77 comments:

  1. betul tu. warna memainkan peranan untuk membaca :)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum. betul! sheila setuju! putih tak sakitkan mata orang lain. hihihi

    ReplyDelete
  3. backgroun sya hijau..kak mia rasa ok ker

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm.. cuba dulu tukar kaler putih, tengok ok ke tak? testing je..

      Delete
  4. warna putih senang nak baca dan ringan ..

    ReplyDelete
  5. sy pun putih jg. .tp dipadankn ngan ckit wrna htm :)

    ReplyDelete
  6. ye ke akak mia , nanti nak try tengok !

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye la.. takkan nak tipu plak. dah test 6 bulan ni... hehehe

      Delete
  7. WAHHH .. BETOL KE NI ? NNTI KALO DA BEFDAY BLOG T .. NK TUKAR LA .. HEHE

    ReplyDelete
  8. amat bersetuju.....mudah dan kemas...

    ReplyDelete
  9. Warna memainkan peranan penting dalam berat blog . hehe , yang paling asas memang warna putih .. ada juga tip2 kat blog HH tu tentang pilih warna untuk blog, memang byak tip kat blog beliau,kihkih

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul tu SM... blog HH memang ada banyak tips yang boleh kita praktikkan ke blog.

      Delete
  10. saya suka baca blog yg backgorund nya putih... sebab tu dulu kini dan selamanya background blog saya putih...

    ReplyDelete
  11. it's true ! folllower sy up sorang =.='' bila pakai bg putih...apakah .... hahaa

    ReplyDelete
  12. pas bce entry k.mia, lily pon tros tukar bckground blog lily...ce akak tengok. ok x?? haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak mia dah tengok... wahhhh naik seri bila background dah putih ni... so sweet.

      Delete
  13. background putih lagi senang kalau orang nak bace entri kita kan kak? hehe nice sharing :)

    ReplyDelete
  14. As-Salam Mia Liana ... yeahh terbaek .. benar2 sekali katamu itu.

    ReplyDelete
  15. background blog phat gambar kawen gitu huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la... takpe.. gambar kawen tu cantik, kenangan abadi.

      Delete
  16. Blog saye warne hitam sbb byk letak gambar2...saye rasa putih pon ok

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh dicuba tu pezol. kalau rasa tak ok, tukar balik lah kepada hitam.

      Delete
  17. putih bersih..
    pon terasa nk ubah style kpd putih jgk!
    gud info kak mia!

    ReplyDelete
    Replies
    1. silakan akhil.. senang skit kak mia nak baca nanti... ;)

      Delete
  18. ohh..baru tahu. saya tak tahu sangat pasal SEO ni..terima kasih kak mia sebab share.

    ReplyDelete
  19. Tq for the info Mia..tapi nak tukar background ni susah jugak rasanya, sebab all the while dah guna black sebagai background...nanti words dia semua namapak gelap...tak pa nanti cuba dulu kalau boleh , sure tukar punya sempena tahun baru..

    ReplyDelete
  20. warna putih boleh pengaruh mood tau..
    kadang2 warna mcm2.. mood pun mcm2.. so pangkah terus... huuuu.......

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang betul tu. kalau mood tak baik memang akan pangkah... maksudnya tutup terus kan leeza..

      Delete
  21. warna putih mmg sedap mata memandang dan mengurangkan loadtime. tq for the info.


    kalau sudi singgah la ke blog saya dan click g+1 pada entry ni http://nikkhazami.blogspot.com/2012/11/iphone-5-gadget-impian.html

    have a nice day :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2... mia dah klik g+ tadi kat entri tu. good luck ya..

      Delete
  22. Umie lebih suka background berwarna :D . Hehehe . Tapi plain lah warna tanpa corak . Header jee ala ala vintage gittew :D . Rasanya kalau letak background ade corak mcm serabut :D

    ReplyDelete
  23. kebiasaan kita baca buku pun background putih tulisan hitam...terima kasih di atas maklumat.

    ReplyDelete
  24. as salam mesti nak singgah walaupun tak tegur yang utama beri salam je...hehe

    ReplyDelete
  25. aduh sy baru tukar background warna biru kemarin....nasib baik belum sempat tukar warna body....

    ReplyDelete
  26. yup, apply kaler putih memudahkan byk perkara related with blog ^^

    ReplyDelete
  27. putih itu suci dan abadi
    dan saya belum menemukan template warna putih yg cocok dan sesuai dengan blog saya..
    terima kasih infonya kak...

    ReplyDelete
  28. Baca entri Mia ni terus background Ibu Berbicara tukar putih. Thanks Mia

    ReplyDelete
  29. kelebihan warna putih, bisa dipadu padankan dengan warna lainnya sehingga template pun tetap menarik dan enak untuk dipandang mata

    ReplyDelete
  30. terasa juga nak tukar jadi putih masa baca entri HH.....
    nanti sy try n error... kalau sesuai, sy tukar putih.. :)

    ReplyDelete
  31. background blog saya warna hitam... ok ke...?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la.. dah ke sana tadi. hmmm macam pening skit nak baca entri. hmmm.. apa kata tukar kepada putih dulu. testing macam mana..

      Delete
  32. Setiap segmen atau giveaway yang saya join pasti akan saya search title segmen atau giveaway itu digoogle untuk menguji seo blog saya kerana kalau segmen atau GA pasti banyak guna title yang sama jadi adalah persaingan untuk merebut firstpage dan sekali gus tangga teratas google.. Dan keputusannya setiap entry kak mia yang sama-sama join dengan saya berada di firstpage. tahniah kak mia blog ni memang seo

    ReplyDelete
  33. assalamualaikum mia...yer la mungkin benar kata mia ni...putih nampak menarik...
    ** Mama Maszull

    ReplyDelete