Kelebihan Background Blog Yang Berwarna Putih

Tiba-tiba Mia rasa macam nak berkongsi pandangan Mia tentang pemilihan background blog Mia ini yang berwarna putih. Ada kelebihannya. Mia kongsikan ulasan lebih lanjut tentang bicara HH berkenaan Warna Putih Lebih Baik Untuk SEO.

Mula-mula masa berblogging dulu Mia memang suka tukar-tukar background blog ini. Macam-macam background telah ditukarnya. Pada masa itu, trafik blog ini belum mantap, dan Search Traffic (trafik enjin carian) tidaklah banyak sangat. Aktiviti blogwalking sahaja yang mampu menaikkan trafik blog ini tatkala itu.

Mia cuba belajar daripada blogger-blogger otai yang pro dan juga hasil ilmu yang dipelajari dalam subjek-subjek teknologi maklumat masa belajar di OUM, Mia dapat simpulkan yang warna putih adalah yang paling sesuai sebagai background blog. Kerana ianya adalah warna yang paling asas.

Sekarang trafik utama blog ini adalah daripada Search Traffic. Penukaran kepada warna putih bermula dari background template yang ke 23 pada Jun 2012. Background blog sekarang ialah background template yang ke 25.

Warna putih adalah paling natural dan nampak ringkas dan juga blog akan menjadi ringan. Harus disesuaikan dan  dipadankan dengan mana-mana warna yang lain asalkan ianya tidak keterlaluan. Kita kena pandai gayakannya supaya blog kita nampak menarik.

Apa-apa pun ini hanyalah satu pandangan dan ianya juga bergantung kepada identiti blog itu sendiri. Kalau blog fotografi mungkin lebih sesuai menggunakan background hitam atau pun warna-warna gelap.

Selalunya blog-blog yang memilih warna putih untuk background adalah blog SEO. Blog personal pun boleh juga supaya senang nak baca entri-entri dalam blog. Pengunjung suka, kita pun happy kan...

p/s: warna juga memainkan peranan penting untuk background blog..