OUM Konvokesyen Ke 13 - Gambar Majlis Dan Anugerah Yang Diterima

Gambar Majlis

Gambar-gambar semasa majlis konvokesyen Sidang 1 pada hari Sabtu 14 Disember 2012 telah diambil oleh En Azizan Jamaludin, Senior Media Designer dari Digital Media Unit OUM Kuala Lumpur. Ribuan terima kasih diucapkan kerana emelkan gambar-gambar yang berkaitan kepada Mia.

Semasa ini Suami Mia dan Mak Mia yang masuk ke dalam dewan. Ayah Mia berada di dewan tingkat 5 dengan Sofea.

Untuk hilangkan nervous, Mia cuba baca artikel tentang Mia dalam OUM Today Issue 101

Mak Mia dengan Suami Mia.

Ketika menerima Commonwealth Educational Media Centre for Asia (CEMCA) Award daripada Canselor Open University Malaysia, Tun Jeanne Abdullah.

Ketika menerima skrol Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat dengan Kepujian daripada Canselor Open University Malaysia, Tun Jeanne Abdullah.

Bergambar bersama graduan-graduan hebat yang lain di bilik sidang media. 

Ketika menjawab beberapa soalan sambil menyuapkan Sofea makan coklat. 
Memang manja betul dengan Mia. Tidak boleh berenggang.

Ketika menjawab beberapa soalan berdasarkan pengalaman belajar di OUM. 

Bersama keluarga tercinta yang paling banyak memberikan sokongan kepada Mia sehingga ke tahap ini.

Anugerah-anugerah yang diterima oleh Mia...


 Buku Konvokesyen ke 13 Open University Malaysia, tercatit di dalamnya nama Mia..

Nama Mia (Juliana Ngahdirin) dalam ruangan Anugerah (Awards) dalam  Buku Konvokesyen ke 13 Open University Malaysia

Sukanya bila tengok ini, Lulus Dengan Cemerlang (Pass With Distinction).

Sijil Commonwealth Educational Media Centre for Asia (CEMCA) Award beserta hadiah USD 300.

Hadiah Buku Universiti untuk graduan yang Lulus Dengan Cemerlang beserta cek bernilai RM 500.

Syukur alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Terima kasih tidak terhingga kepada semua yang tolong doakan Mia tempohari dan juga yang tidak putus-putus mengucapkan tahniah kepada Mia.

p/s : Usaha itu tangga kejayaan...