OUM Konvokesyen Ke 13 - Gambar Majlis Dan Anugerah Yang Diterima

OUM Konvokesyen Ke 13 - Gambar Majlis Dan Anugerah Yang Diterima

Gambar Majlis

Gambar-gambar semasa majlis konvokesyen Sidang 1 pada hari Sabtu 14 Disember 2012 telah diambil oleh En Azizan Jamaludin, Senior Media Designer dari Digital Media Unit OUM Kuala Lumpur. Ribuan terima kasih diucapkan kerana emelkan gambar-gambar yang berkaitan kepada Mia.

Semasa ini Suami Mia dan Mak Mia yang masuk ke dalam dewan. Ayah Mia berada di dewan tingkat 5 dengan Sofea.

Untuk hilangkan nervous, Mia cuba baca artikel tentang Mia dalam OUM Today Issue 101

Mak Mia dengan Suami Mia.

Ketika menerima Commonwealth Educational Media Centre for Asia (CEMCA) Award daripada Canselor Open University Malaysia, Tun Jeanne Abdullah.

Ketika menerima skrol Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat dengan Kepujian daripada Canselor Open University Malaysia, Tun Jeanne Abdullah.

Bergambar bersama graduan-graduan hebat yang lain di bilik sidang media. 

Ketika menjawab beberapa soalan sambil menyuapkan Sofea makan coklat. 
Memang manja betul dengan Mia. Tidak boleh berenggang.

Ketika menjawab beberapa soalan berdasarkan pengalaman belajar di OUM. 

Bersama keluarga tercinta yang paling banyak memberikan sokongan kepada Mia sehingga ke tahap ini.

Anugerah-anugerah yang diterima oleh Mia...


 Buku Konvokesyen ke 13 Open University Malaysia, tercatit di dalamnya nama Mia..

Nama Mia (Juliana Ngahdirin) dalam ruangan Anugerah (Awards) dalam  Buku Konvokesyen ke 13 Open University Malaysia

Sukanya bila tengok ini, Lulus Dengan Cemerlang (Pass With Distinction).

Sijil Commonwealth Educational Media Centre for Asia (CEMCA) Award beserta hadiah USD 300.

Hadiah Buku Universiti untuk graduan yang Lulus Dengan Cemerlang beserta cek bernilai RM 500.

Syukur alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Terima kasih tidak terhingga kepada semua yang tolong doakan Mia tempohari dan juga yang tidak putus-putus mengucapkan tahniah kepada Mia.

p/s : Usaha itu tangga kejayaan...

Post a Comment

61 Comments

  1. Tahniah kak mia.. Citer kak mia psl study smbil keje ni motivate nani utk continue stdy lgi. Bkn sng tu dpt award mcm tuzz hebat kak mia. Happy for u kak mia!!! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih ya naniey... naniey boleh baca entri2 sebelum ni masa kak mia belajar di OUM... ;)

      Delete
  2. TAHNIAH KAKMIA .. BESHHLA KALO DPT JD CAM KAKMIA NI ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih deq... boleh aje. deq belum kahwin lagi kan? kejarlah cita2 dulu..

      Delete
  3. tahniaahh kak mia.. bangga dengan akak. tahniah! hehe~~

    ReplyDelete
  4. Congrats Mia.. Semiga terus cemerlang.. :-)

    ReplyDelete
  5. tahniah akak.. =) waa. pelajar cemerlang.. L pun nk belajar sunguh2.. hehe. lagi 2 tahun lagi baru konvo.. =) doakan L berjaya mcm akak ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih ya L... kak mia doakan ya. yakin boleh dan akan berjaya nanti.

      Delete
  6. sungguh bertuah, alhamdulillah dah selamat menanti debaran...blog mia juga satu blog terhebat yg aku jumpa...tahniah atas peluang ini...

    ReplyDelete
  7. Tahniah, Kak Mia. kita sama cos la, kak. boleh belajar dari akak ni. boleh tak? ^___^

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq dear... boleh baca entri2 sebelum ini di ruangan study matters..

      Delete
  8. Wah...Tahniah !!! Alhamdulillah isyaallah dengan keputusan yang cemerlang ini dah boleh melayakkan untuk terus sambung Phd. Doktor Falsafah. Semoga cita-cita mia untuk menjadi pensyarah menjadi kenyataan. Terus Cemerlang, Gemilang, Terbilang.

    ReplyDelete
  9. tahniah kak mia... farah baru balek dr konvo oum jugak ptg td..sidang keenam.. makcik farah yg dpt..bru nk update psl nie..tp x sempat lg ..hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih ya farah... hmm.. tak sempat nak jumpa farah.. tahniah ya untuk makcik farah tu.

      Delete
  10. so inspired me kak! tahniahh! proud of you kak!

    ReplyDelete
  11. Tahniah Mia, misti seronok banget nih.. syukurlah usaha kan tangga kejayaan..

    ReplyDelete
  12. wah eksklusif betul dapat gambar2 dari photographer rasmi...

    ReplyDelete
  13. alhamdulillah..selesai akhirnya...kak mia adalah sumber inspirasi kaum hawa

    ReplyDelete
  14. Tahniah !!! Bangga dengan pencapaian mia, menjadi sumber Inspirasi kepada pelajar2.

    ReplyDelete
  15. You make me feel good. Rasa bersemangat untuk teruskan liku-liku dalam dunia belajar ni . Huhu . Nanti bila ada masa terluang , kasi tips belajar sama ye kak mia. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks sa mic.. tip2 ada dalam entri di label study matters..

      Delete
  16. Akak pun tumpang bangga dgn Mia. Berbaloi segala jerih-perih Mia selama ini..

    ReplyDelete
  17. Tahniah mia,akak ni one of the students of oum in penang ,
    on the way to finish my bachelor of education in teaching english as second language,January is my last semester,hope your success will inspire me to finish my long journey of education....congratulations sis

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks kak. semoga akak berjaya. dah nak abis tu, yakin boleh..

      Delete
  18. kak mia gembira shida pun gembira :)
    tahniah sekali lg kak mia :)

    ReplyDelete
  19. Usaha tangga kejayaan :)
    Miza bangga dengan kak Mia :)
    Tahniah kak Mia :)

    ReplyDelete
  20. congrat..sy pun xsabar nk berkonvo..insylah taun ni =) doakan sy..k.mia skg sambung balajar k??

    ReplyDelete
  21. saya lepasan diploma dari UiTM ingin sambung belajar di OUM tapi makan masa dalam 4 hingga 5 tahun pula.Boleh dapat pengecualian kredit tak dan boleh ambil banyak subject untuk every semester?

    ReplyDelete
    Replies
    1. cubalah mohon. mungkin tak semua subjek akan diluluskan. apa-apa pun cuba hubungi pejabat OUM untuk lebih lanjut. tq ya.

      Delete
  22. Salam. Hi. Pass w distinction tu brp cgpa? And nak tny, konvo bleb pakai black colored shoes je ke? Dalam mk16 portal xcakap color apa utk perempuan.

    ReplyDelete