Mia terima emel daripada SPA tempohari. Kecut betul hati ini apabila sudah mengetahui tarikh temuduga Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 yang jatuh pada 3 September 2013.




Terus susah hati. Terasa banyaknya yang nak dibaca. Ilmu dan pengetahuan di dada rasa macam belum cukup lagi.

Ramai yang kata susah temuduganya. Bertambahlah risau di hati ini. Mia cuba usaha. Tidak berani nak menaruh harapan, kerana tahu kemampuan diri ini. Nak sedapkan hati. Sekurang-kurangnya dah berusaha walaupun tidak berjaya nanti.

mood susah hati...

posted from Bloggeroid