Selepas selesai sesi kursus pada hari Khamis lepas, 22 Ogos 2013, Mia terus cepat-cepat siapkan final touchup kali terakhir video montaj SMIN (paparan video selari dengan background audio) dan  buat rendering. Proses rendering selesai jam 7.45 malam dan terus bergegas ke KLCC bersama Hafizs dan Wana. Lela dan Hafidz telah pun menanti kami di booth.

Sampai-sampai sahaja, punyala jenuh nak berjalan ke lokasi International Digital Expo, kami semua jalan cepat-cepat, tak nak terlambat. Kot-kot ada masalah nanti, lagilah lambat nak balik. Perut yang mula berkeroncong, diabaikan buat seketika. Kerja harus diselesaikan dahulu.


Mia yang agak keletihan. Beberapa hari ni, tidur tak cukup menyiapkan video montaj.

Muka lega terpampar di wajah masing-masing.

Lela dan Hafidz akan jaga booth ini dengan Faris.

Hafidz dari Bahagian Promosi dan Hafizs dari Unit ICT

Wajib ambil gambar ini sebagai bukti.

Sesi shopping... Lela.. Mia.. Hafizs..

Terbaiklah pop corn ni... walaupun mahal tapi sedap.

KLCC dari restoren Laman Aiman

Haus... haus...

jom makan.......

lauk yang terlambat sampai..

Kerja-kerja ad-hoc telah pun selesai. Barulah dapat tenang jiwa raga ini. Malam itu balik hotel, kami semua dapat tidur dengan selesa dan aman...

Mia sebenarnya pakai baju dua lapis, itu sebab nampak macam gemuk kat dalam gambar. Ingatkan sejuk sangat kat dalam ruang expo tu, rupanya panas sebab kerja-kerja persiapan masih dilakukan.... huhuu..

mood lega sangat-sangat....