Pertama kalinya, Mia nak ucapkan terima kasih kepada volunteer yang pertama, iaitu Ayu kerana sudi mengizinkan blognya dimasukkan ke dalam tutorial ini.

Sebagai pengenalan, tentu ada blogger baru yang masih belum memahami apa itu Google FeedBurner. Ia adalah salah satu web service yang paling popular dan top untuk content syndicating dan mengoptimumkan penggunaan feed bukan setakat hanya mengunjungi blog kita sahaja bahkan boleh mengakses entri blog kita dari aplikasi lain. Kalau sebelum ini, ramai yang menggunakan Google Reader, tetapi kini perkhidmatan Google Reader telah ditutup. Aplikasi lain pun ada juga, contohnya Feedly, The Old Reader, Digg, Pulse, Flipboard dan lain-lain lagi.

Selain itu, pengunjung yang mungkin sibuk dan tidak ada masa untuk mengikuti perkembangan blog kita dan tidak mahu ketinggalan untuk membaca setiap entri  atau artikel yang di publish ke blog, boleh juga follow blog kita melalui langganan emel. Feedburner secara automatik akan emel kepada pengunjung yang subscribe ke blog kita.

Kenapa kebanyakan blogger menggunakan FeedBurner? Ianya senang dan memudahkan. Kita mungkin kadang tidak perasan, ada juga trafik lain dari sumber yang tidak dijangka. Penggunaan FeedBurner terlalu meluas, jadi...  tidak mustahil jika kita dapat trafik dengan sendirinya melalui langganan feed ini. Kalau anda perasan, link entri blog yang menggunakan FeedBurner di bloglist pun sebenarnya menggunakan link dari FeedBurner. 

Contohnya di sini, kalau pergi ke bloglist Mia, cari blog Mia dan lalukan mouse (mouse over) ke atas link entri, tentu akan perasan url link yang panjang di status bar browser yang akan paparkan entri sebenar. Ini bermakna blog tersebut menggunakan perkhidmatan FeedBurner.

Apabila update blog sahaja, entri terkini secara automatik akan di ping ke feed blog kita (yang menggunakan feedburner) dan boleh maklumkan kepada mana-mana web service yang menggunakan feed ini contohnya NetworkedBlogs yang Mia guna untuk ping ke facebook, fanpage dan twitter. Sebab itu, kena pasang terlebih dahulu Google Feedburner barulah Mia akan sambung dengan entri-entri tutorial seterusnya melalui blog volunteer yang lain.

Sebenarnya, ada banyak lagi kelebihan Google FeedBurner ini, tetapi Mia hanya terangkan beberapa point penting bagi memudahkan pemahaman. Jangan risau. Lama-lama kelamaan anda akan tahu lebih lanjut selok-belok Google FeedBurner ini selepas explore sendiri nanti.

Untuk sesi tutorial ini, Mia printscreen dan sila klik pada gambar untuk besarkan.

Setup Feed Blog Dengan FeedBurner

Mula-mula klik pada link ini, http://feedburner.google.com dan daftar akaun Feedburner. Kemudian, ikuti langkah-langkah di bawah ini.

 Masukkan URL Blog anda dan klik pada butang Next.

Pilih option yang pertama. 

Masukkan Feed Title dan Feed Address. Boleh tukar sendiri ikut suka. 
Untuk blog Mia, Mia letak Feed Title : Mia Liana dan Feed Address Mialiana

Feed telah berjaya dihasilkan. Klik pada butang Next untuk langkah seterusnya.

Sila tick pada option yang pertama dan ketiga. Kemudian, tekan butang Next.

Feed telah dihasilkan sepenuhnya.

Paparan Setting Feed yang telah dibuat apabila klik pada Edit Feed Details…

Apabila update blog dengan entri baru, secara automatik akan di synchronize ke dalam feed ini juga.


Aktifkan Servis Yang Berkaitan

Terpulang kalau nak aktifkan semuanya. Tapi bagi Mia, Mia hanya aktifkan servis-servis penting yang di bawah sahaja.

Pergi pada tab Optimize dan aktifkan servis SmartFeed.

Servis SmartFeed telah diaktifkan.

Kemudian, pergi ke tab Publicize dan aktifkan servis Headline Animator, Email Subscriptions, PingShot dan FeedCount.


Pasang FeedBurner Feed Ke Dalam Blog (Redirect Feed Blog ke FeedBurner Feed)


Pergi ke dashboard blogger ruangan Settings > Other dan masukkan URL Feed Feedburner http://feeds.feedburner.com/MadamoiselleAyusLittleTalks ke dalam ruangan Post Feed Redirect URL. Selepas siap, klik pada butang Save Settings.


Feed FeedBurner Tidak Synchronize Dengan Feed Blog

Jika didapati feed Feedburner tidak synchronize apabila update blog dengan entri baru, sila ping URL blog ke http://feedburner.google.com/fb/a/ping




Masukkan Gadget / Widget Follow By Email

Bagi memudahkan pengunjung blog mengikuti blog kita atau tidak terlepas membaca entri blog kita, sila masukkan gadget / widget Follow By Email di dalam ruangan Layout.

Klik Add a Gadget dan pilih Follow by Email

Klik pada butang Save.

Paparan yang terhasil di side bar blog. 
Pengunjung hanya perlu masukkan email address dan klik Submit untuk follow blog kita melalui emel. 


Memang agak terperinci tutorial ini. Cara-caranya telah Mia tunjukkan satu persatu. Harap mudah difahami. Selamat mencuba... (^_^)

siapa yang dah berjaya, sila beritahu ya....