Alhamdulillah... sekarang ni rasanya seronok betul bila dah miliki samsung galaxy note 3. Senangnya Mia nak update blog dengan handphone sahaja. Tidak perlu nak mengadap komputer atau laptop setiap hari seperti dulu.

Kalau berjalan-jalan atau sibuk dengan kerja, boleh sempat nak update blog sekejap. Ternyata amat menyenangkan Mia. Syukur alhamdulillah, kalau tidak sempat nak buat autopublish entri masih boleh update blog secara mobile.

Sebab itu, blog Mia ini guna link sahaja untuk menu yang berada di bawah header blog. Senang untuk Mia klik. Kalau ada drop down menu agak susah untuk klik nanti.




Tercapai hajat dan angan Mia tempohari. Perkara yang paling menggembirakan Mia di kala Mia stres atau duka. Bloglah terapi stres Mia. Pengubat hati Mia. Juga karenah dan celoteh pengunjung yang sentiasa memberikan keyakinan untuk Mia terus berblog sehingga ke hari ini. Terima kasih semua...

mood syukur...

posted from Bloggeroid