Misi Mencari Pengasuh Baru

Hari ini balik sahaja Sofea mengadu tak mahu lagi dengan rumah pengasuh sekarang. Mia tengok teruk betul keadaan Sofea. Menangis terus Mia dibuatnya.
















Biasalah... budak-budak memang macam itu tapi hari ini banyak pula kesan luka pada Sofea. Kot ya pun gaduh dengan budak lain takkanlah boleh jadi macam ni. Sofea memang pantang kalau orang usik barang dia tapi tak ada lah boleh gaduh teruk. Katanya dia gaduh dengan abang (anak pengasuh yang berusia 6 tahun). Abang asyik sakat dan kacau dia, tentulah dia marah.

Tadi Mia pun dah telefon pengasuh tanya keadaan sebenar. Kakak ni pun dah marah anak dia. Tapi tak boleh nak buat macam mana. Sofea asyik terpekik-pekik panggil dia, kata abang yang kacau. Mia pun dah cakap dengan Sofea jangan gaduh dengan abang. Sofea kata, abang tak sayang dia. Asyik cakap yang bukan-bukan, tu yang dia marah dan gaduh dengan abang.

Peningnya kepala ni. Tak sampai pun genap sebulan, dah macam ni. Sebelum ini, Sofea sekolah tadika berdekatan rumah keluarga Mia di Batu Pahat. Kalau rindu, Mia ambil Sofea ke sini dalam seminggu dua. Cuma bila lepas raya, Mia terus bawa balik Sofea ke sini, Johor Bahru. Selepas Mia Sofea selesai final exam tempohari, barulah dengan rasminya Sofea tinggal dengan Mia. Sofea di sekolah elok sahaja perangainya, dengar kata cikgu, boleh berkawan dan belajar. Tiada masalah pun dengan yang lain.

Mia tak salahkan pengasuh ni. Dia dah cuba jaga Sofea sebaik mungkin. Setelah fikir masak-masak, nampaknya gayanya Sofea tak sesuai lagi di rumah pengasuh ni. Mia terpaksa mencari pengasuh baru yang tidak menjaga budak lelaki yang lebih kurang sebaya Sofea. Risau, takut gaduh lagi.

Tahun depan memang nak Sofea sekolah tadika di sini.

malam ni sibuk tanya orang sana sini, nak cari pengasuh...

posted from Bloggeroid

Post a Comment

33 Comments

  1. buat yang terbaik kak mia....budak-budak biasalah mereka tak kan bercakap bohong....
    mungkin memang sofea tak serasi kat rumah pengasuh tu....

    ReplyDelete
  2. mmg risau kan klu tgok anak luka sana sini.. sabar dan gud luck yer mia..

    ReplyDelete
  3. bila anak tak gembira, hati ibu pun turut terasa. moga dipermudahkan segala urusan Mia & Sofea. amin..

    ReplyDelete
  4. Kena cari pengasuh laen nie.. yela hati mana mau senang kalau anak duk mengadu sakit.. nak pi kerja pun duk fikirkan pasal si kecil kerja tak focus semua jadi tunggang langgan..sabor laa ape pun pilihan cari pengasuh baru itu yg terbaek...

    ReplyDelete
  5. hurmm..ada la tu yang si abang tu kata pape kat dya..

    ReplyDelete
  6. rasanya memang kena cari pengasuh lain kak. kalau sampai ada luka2 tu tak elok rasanya dibiar macam tu. mungkin tak serasi kot.

    ReplyDelete
  7. mungkin tak sesuai lah kat rumah tu...kak mia usahakan lagi nak cari pengasuh lain...sabar tau kak mia :) keep smile !

    ReplyDelete
  8. memang susah nak cari pengasuh serasi dengan anak.. elok di mata kita, tak ngam pula dengan anak. itulah cabaran ibu berkerjaya.. teruskan usaha Mia

    ReplyDelete
  9. teruk juga kesan-kesan calar tu ye,banyak sangat pulak,elok mia cari yang lain,bukan apa dari hati kita asyik tak tenang mengenang hal anak lebih baik cari yang baru,saya pula rasa tak sedap hati...

    ReplyDelete
  10. harap dapat cari pengasuh yang baru kan kak...

    ReplyDelete
  11. alah siannya tak serasi dgn abg tue..takpe kak..mudah2an jumpa pengasuh mia nnt

    ReplyDelete
  12. ank sis ni umo bpe?? nape x ltk transit taska je?

    ReplyDelete
  13. sabar ye kak..budak2 memang macam tu hehe tapi harap akak dapatlah cari pengasuh baru untuk mia :)

    ReplyDelete
  14. budak2kan biasalah..lagi2 budak lelaki..mmg ganas sket gurauannya

    ReplyDelete
  15. Dilema ibu2 bekerja yang menghantui kebanyakan kaum ibu.

    Sebolehnya kita nakkan yang terbaik buat anak2.

    ReplyDelete
  16. Why not Mia cari tadika yg jaga sampai petang. Akk dulu pun ada masalah mcm ni, lgi teruk..anak umur 2 thun dh fhm..msuk simpang rumah pengasuh aje terus nangis..bila diselidik rupa2nya dia kena buli dgn abg2 transit...umur 4 tahun dah htr tadika private yg jaga sampai ptg..tak sng sbnrnya nak cari pengasuh yg sesuai utk anak ni Mia. Kita sbg ibu x sng duduk bila ank ada kesan calar sana sini.

    ReplyDelete
  17. sabar ye kak mia..selagi boleh usahakan..usahakanlah cari pengasuh lain..untuk kebaikkan kita bersama..

    ReplyDelete
  18. memang risau kalau jadi begini, cari ler yang terbaik.....!

    ReplyDelete
  19. sabar ek kak mia.. mungkin sofea tak sesuai kat situ..
    mudah2an urusan mencari pengasuh baru berjalan lancar.. :)

    ReplyDelete
  20. Kena lebih berhati-hati memilih pengasuh..

    http://pemudattbc.blogspot.com/2013/10/prk-n20-sungai-limau-bukan-kibar.html

    ReplyDelete
  21. ramai juga kawan-kawan yang mengadu anak-anak mereka dicubit dan gigit. kesian anak-anak. Tapi kanak-kanak bukannya faham lagi...semoga dapat pengasuh yang baik

    ReplyDelete
  22. rabbiyassirwalatuassir. semoga dipermudahkan.

    ReplyDelete
  23. Buatlah apapun kak demi kebahagiaan Sofea..

    ReplyDelete
  24. assalamualaikum mia...kesian kat sofea diperlakukn begitu...:(

    ReplyDelete
  25. Sy pun dlm misi nk hntr ke taska je.. walaupun thn dpn bru nk msuk 3 tahun...

    ReplyDelete
  26. semoga dipermudahkan urusan kak mia cari pengasuh lain yang lebih sesuai utk sofea.. huhu

    ReplyDelete
  27. semoga semua berjalan dgn baik... susah nak cari pengasuh yg betul2 ikhlas jaga anak kita... klu ada mmg satu booster... alhamdulillah.. so far pengasuh anak sy semua ok cuma bila dah hantar taska ni dia org mula buat lebih kurang je.. da pesan suh gosok gigi, balik rumah kunng jugak...

    ReplyDelete