Dulu... kalau Mia ada kursus atau seminar atau meeting bila outstation, selalunya awal pagi lagi Mia dah siapkan entri-entri autopublish untuk blog pada hari yang berkenaan. Masa itu, letih juga otak nak diperahnya semasa menyiapkan entri. Kalau kekeringan idea... lama jugalah menghadap notebook sehingga siap. Bukan senang nak mengarang beberapa entri walaupun entri itu ringkas. Bila dah siap, rasa lega sangat. Mia tidak mahu pengunjung tertunggu-tunggu entri Mia.




Tetapi sekarang, sejak dah guna smartphone dari tahun lepas, Mia tidak perlu risau untuk update blog. Bila-bila ada masa terluang dah boleh update blog secara mobile asalkan kita ada melanggan pelan data internet. Segala kemudahan dah tersedia, hanya tinggal guna sahaja. Seronok dan suka dengan perubahan ini. Rasa berbaloi bila dah ada smartphone.

syukur.... teknologi kini semakin banyak membantu..

posted from Bloggeroid