Alangkah terkejutnya Mia, 2 minggu lepas Mia ada terima emel daripada seseorang. Tidak sangka rupanya dia telah menjumpai external harddisk Mia yang telah hilang 2 bulan lepas. Dia meminta maaf kerana terpaksa membuka fail di dalam external harddisk untuk mengetahui pemiliknya. Sebagai bukti dia telah lampirkan salinan sijil akademik OUM Mia. Hampir mengalir air mata ini bila external harddisk telah dijumpai. Ya Allah... Kau telah makbulkan doaku...

Macam-macam yang ada dalam external harddisk termasuk resume, salinan sijil-sijil akademik yang telah di scan, dokumen OUM, gambar-gambar Mia, coding blog dan lain-lain lagi. Bila hilang masa itu, menangis Mia. Sedih sangat. Macam dah putus harapan nak mohon kerja secara online.












Hamba Allah itu seorang pegawai bank lelaki yang berhati mulia. External harddisk Mia telah dibungkus dengan rapi dan dihantar menggunakan pos laju kepada Mia. Jauh tu... dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru. Semalam sampai.

Malunya Mia.. sudah tentu dia tahu Mia ini orangnya macam mana. Semoga Allah sentiasa merahmati dia sekeluarga. Amin...

syukur sangat-sangat.... bukan senang nak jumpa orang yang jujur dan ikhlas di kota metropolitan Kuala Lumpur...

posted from Bloggeroid