Baru sahaja balik dari Tesco Bukit Indah. Ada beli barang sedikit. Kebetulan ada lalu kedai yang jual produk kecantikan. Terus Mia singgah dan cari bedak ronasutra yang baru. Harganya RM 45.00. Yang lama punya dah tinggal sedikit sangat. Esok lusa tidak perlu nak mencari lagi.




Cuba tengok kat gambar. Yang kat depan tu, yang lama punya. Yang kat belakang tu, yang baru beli tadi.

Kali pertama Mia gunakan bedak ronasutra pada 16 Mac 2013. Ada Mia cerita dalam entri SINI.

Lama betul boleh bertahan. Sedangkan setiap hari Mia pakai sebelum pergi kerja. Baru sekarang ini, dah nak habis. Dekat 7 bulan pakai. Memang menjimatkan. Lagipun bedak ini jenis loose powder, pakai sedikit pun sudah mencukupi dan muka kelihatan natural serta tidak berminyak. Memang cukup puas hati pakai ini ke mana-mana. Sepanjang masa ada dalam handbag.

Dah tidak perlu tukar kepada bedak yang lain. Setakat ini, Mia akan teruskan pakai ini sahaja. Terbaik...

mood simple...

posted from Bloggeroid