Hari ini mc. Pulihkan diri dan rohani dengan al-quran. Sangat kecewa dan cukup terasa. Bukan senang nak bangunkan ICT di dunia orang yang tak hargai ICT. Dahlah tiada kenaikan pangkat, perbelanjaan ICT disekat, ruang ICT pula dikecilkan. Dengan beberapa kerat tenaga ICT inilah mampu handle semua pejabat di seluruh Malaysia dengan nilai aset dan inventori dah berjuta, yang pada mulanya hanya ada 1 jawatan F29 dan 3 pc sahaja pada tahun 2005.

Masuk tahun ini dah 10 tahun Mia menjawat jawatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat, 2 tahun di Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah dan 8 tahun di sini. Ada dikisahkan di SINI. Lepas baca, baru akan faham kenapa Mia cukup sedih sangat.

Tahun ini adalah dugaan yang paling terberat untuk Unit ICT. Semalam cukup melampau bila keluar surat susunatur kedudukan pejabat, ruang Unit ICT dikecilkan ke ruang kaki lima yang tiada aircond.. almari dan kabinet tak tahulah nak sumbat kat mana. Fail dan dokumen yang melambak takkan nak sumbat kat bilik server? Setiap kali perkara buruk berlaku, bos ICT tiada di pejabat. Semalam dia mc.

Mia telah cuba berbincang dengan yang berkenaan secara baik namun tidak diendahkan bahkan berkeras dengan keputusan yang dibuat. Sungguh tidak professional dan bertindak mengikut emosi. Ramai staf yang dah terkena.

Ini adalah kisah benar yang berlaku, biarpun nanti ada mulut-mulut jahat yang akan putar belitkan cerita untuk memburukkan keadaan. Sekurang-kurangnya kalau Mia dah tiada lagi di sini, hak ICT tetap terbela.

maafkan Mia atas luahan ini...
posted from Bloggeroid