Hari ini balik sahaja Sofea mengadu tak mahu lagi dengan rumah pengasuh sekarang. Mia tengok teruk betul keadaan Sofea. Menangis terus Mia dibuatnya.
















Biasalah... budak-budak memang macam itu tapi hari ini banyak pula kesan luka pada Sofea. Kot ya pun gaduh dengan budak lain takkanlah boleh jadi macam ni. Sofea memang pantang kalau orang usik barang dia tapi tak ada lah boleh gaduh teruk. Katanya dia gaduh dengan abang (anak pengasuh yang berusia 6 tahun). Abang asyik sakat dan kacau dia, tentulah dia marah.

Tadi Mia pun dah telefon pengasuh tanya keadaan sebenar. Kakak ni pun dah marah anak dia. Tapi tak boleh nak buat macam mana. Sofea asyik terpekik-pekik panggil dia, kata abang yang kacau. Mia pun dah cakap dengan Sofea jangan gaduh dengan abang. Sofea kata, abang tak sayang dia. Asyik cakap yang bukan-bukan, tu yang dia marah dan gaduh dengan abang.

Peningnya kepala ni. Tak sampai pun genap sebulan, dah macam ni. Sebelum ini, Sofea sekolah tadika berdekatan rumah keluarga Mia di Batu Pahat. Kalau rindu, Mia ambil Sofea ke sini dalam seminggu dua. Cuma bila lepas raya, Mia terus bawa balik Sofea ke sini, Johor Bahru. Selepas Mia Sofea selesai final exam tempohari, barulah dengan rasminya Sofea tinggal dengan Mia. Sofea di sekolah elok sahaja perangainya, dengar kata cikgu, boleh berkawan dan belajar. Tiada masalah pun dengan yang lain.

Mia tak salahkan pengasuh ni. Dia dah cuba jaga Sofea sebaik mungkin. Setelah fikir masak-masak, nampaknya gayanya Sofea tak sesuai lagi di rumah pengasuh ni. Mia terpaksa mencari pengasuh baru yang tidak menjaga budak lelaki yang lebih kurang sebaya Sofea. Risau, takut gaduh lagi.

Tahun depan memang nak Sofea sekolah tadika di sini.

malam ni sibuk tanya orang sana sini, nak cari pengasuh...

posted from Bloggeroid